Nazir, Faridah
(2019)
Jejak melewar.
In:
Antologi Puisi Suara Dari Laman Bougainvilla.
Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar, Seremban, Negeri Sembilan, p. 36.
ISBN 9786975820311
Abstract
Dengan kekuatan 68 buah sajak hasil tulisan warga institut, jelas tergambar keresahan yang menyelinap dalam setiap bait kata. Ada yang memotretkan kata bahawa taman seakan sudah kehilangan warna bunga. Meski apa pun metafora yang digunakan, diksi yang dipilih sebagai penguat curahan rasa, tetap menjurus kepada keresahan ekoran berita yang menerpa. Ada penulis yang mempamerkan rasa marah tetapi dalam simpuhan bahasa yang masih manis bersopan. Ada juga yang terus mempersoalkan keputusan yang persis bermain layang layang, sebentar ke kiri dan sebentar ke kanan mengikut arah tiupan angin. Ada juga yang terus berjuang dengan kias kata bahawa selagi loceng penamat belum berbunyi, maka selagi itulah permainan akan diteruskan. Apa pun isi sajak yang ditulis, kesudahannya berupa harapan agar Allah memperkenankan doa seluruh warga agar institusi ini terus kukuh di tapaknya. Hidup tidak selalunya indah tetapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan. Mudah-mudahan antologi ini menjadi rakaman kenangan para penulisnya yang melalui satu fasa perkhidmatan yang mendebarkan. Mudahan mudahan gerabak terus melaju memesrai landasan sehinggalah kita semua tiba ke destinasi masing-masing.
Actions (login required)
|
View Item |