IIUM Repository

Pentafsiran baharu Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan pelaksanaannya pasca 2020

Abdul Razak, Dzulkifli and Hashim, Rosnani, eds. (2019) Pentafsiran baharu Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan pelaksanaannya pasca 2020. IIUM Press, International Islamic University Malaysia, Kuala Lumpur. ISBN 978-967-491-028-0

[img]
Preview
PDF - Published Version
Download (7MB) | Preview

Abstract

Falsafah Pendidikan Negara (FPN), dan kemudiannya Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) sudah berusia tiga dekad. Dalam jangkamasa 30 tahun, dunia telah banyak berubah, sesetengahnya berpaksikan kepada perkembangan pesat pendidikan tempatan dan sejagat, dan sebaliknya didesak pula oleh pelbagai pihak, khususnya industri serta ideologi lain, ke atas dunia pendidikan. Faktor ini sudah cukup memberi isyarat bahawa pendidikan wajar dipandu dan dibimbing supaya ia tidak diheret ke sana ke sini hingga terkeluar daripada matlamat serta acuan kita sendiri. Ini sekali gus meletakkan keyakinan bahawa apa juga penilaiannya kelak, FPK masih relevan dan sesuai untuk abad ke-21 dalam melangsungkan agenda pendidikan negara dan sejagat. Malah ini adalah antara tujuan utama buku ini, iaitu untuk memberi FPK nafas baru sesuai dengan zaman dan keadaan semasa. Untuk tujuan ini beberapa orang penulis yang pakar dalam bidang masing-masing telah diundang khas agar dapat berkongsi ilmu serta pengalaman mereka dalam mengemudi FPK ke alam baru tanpa mengenepikan sejarah, hikmah dan liku- liku yang dialami dalam membentuk dan mencorak FPK sebagai kerangka utama pendidikan negara.

Item Type: Book
Additional Information: 8585/73062 Call no.: fp LA 1236 P419D 2019
Uncontrolled Keywords: Falsafah Pendidikan Kebangsaan, 2020, Malaysia, education philosophy
Subjects: L Education > L Education (General)
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Office of the Rector
Depositing User: Professor Rosnani Hashim
Date Deposited: 19 Jul 2019 22:45
Last Modified: 10 Dec 2021 17:02
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/73062

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year