IIUM Repository

Kenapa bacaan gula saya tetap tinggi ketika puasa Ramadan?

Shalihin, Mohd Shaiful Ehsan (2019) Kenapa bacaan gula saya tetap tinggi ketika puasa Ramadan? The Malaysian Medical Gazette.

[img]
Preview
PDF - Published Version
Download (1MB) | Preview

Abstract

Bulan Ramadan merupakan bulan yang mulia dan ditunggu-tunggu oleh semua umat Islam. Ibadah yang wajib dilakukan oleh umat Islam dalam bulan ini termasuklah berpuasa di siang hari iaitu sekitar 13 jam untuk penduduk di Malaysia. Ketika melakukan ibadah puasa ini, umat Islam perlu mengawal diri daripada makan dan minum serta apa-apa jua perkara yang boleh membatalkan puasa. Ibadah puasa sudah terbukti memberi banyak kebaikan termasuklah dari segi saintifik seperti penurunan berat badan, pengawalan kencing manis dan darah tinggi. Namun, untuk sesetengah pesakit kencing manis, pernahkah anda terfikir, mengapa bacaan gula anda tetap tinggi ketika berpuasa di bulan Ramadan? Ikuti penjelasan ringkas berikut: Adakah semua pesakit kencing manis dibolehkan berpuasa? Dari segi rujukan dan panduan secara umum, kebolehan pesakit kencing manis untuk berpuasa adalah bergantung kepada individu itu sendiri dan tahap kawalan kencing manis mereka. Mereka yang bakal berisiko tinggi untuk mengalami komplikasi kencing manis dan kemudaratan ketika berpuasa termasuklah pesakit kencing manis yang berikut: Mengalami sejarah gula yang terlalu tinggi atau terlalu rendah dalam tempoh terbaru dan memerlukan rawatan hospital Bacaan paras gula yang senantiasa amat tinggi dan merbahaya Kegagalan buah pinggang Wanita yang hamil Tidak dapat mengenal pasti gejala kurang gula atau gula yang tinggi Mereka yang sudah berumur dan tidak mampu mengurus diri sendiri Mengalami pelbagai penyakit kronik yang lain berserta kegagalan organ dalaman untuk berfungsi dengan baik Namun ini tidak bermakna mereka sama sekali tidak boleh berpuasa. Pemeriksaan dan penilaian risiko secara individu amatlah penting.

Item Type: Article (Electronic Media)
Additional Information: 6934/72090
Uncontrolled Keywords: bacaan gula, Ramadhan, Puasa, fasting, sugar level
Subjects: R Medicine > R Medicine (General)
R Medicine > RA Public aspects of medicine
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Medicine > Department of Family Medicine (Effective: 1st January 2011)
Kulliyyah of Medicine
Depositing User: SR NUR FARHANA LATFI
Date Deposited: 13 May 2019 11:52
Last Modified: 13 May 2019 11:52
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/72090

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year