Che' Man, Mohamad (2019) Andropause: benarkah lelaki pun alami “menopause?”. The Malaysian Medical Gazette.
|
PDF
- Published Version
Download (738kB) | Preview |
Abstract
FAKTA!! Testosteron berkurang mengikut umur dalam seseorang lelaki yang sihat! Hypoandrogenism: Kekurangan hormon testosteron. Andropause adalah sindrom klinikal dan biokemikal yang berkaitan dengan peningkatan umur seseorang lelaki dan mempunyai kriteria gejala-gejala dan tanda-tanda yang selari dengan kekurangan paras hormon testosteron. Ianya menyebabkan penurunan kualiti hidup dan secara tidak langsung menyebabkan fungsi organ sistem lelaki terganggu. Secara amnya, fungsi hormon testosteron adalah: Kulit: Pembentukan bulu pada muka dan rambut. Fungsi pembiakan organ lelaki: Penghasilan sperma, perkembangan prostat, fungsi ereksi. Otot: Kekuatan otot Otak: Nafsu seksual Sum-sum tulang: Penghasilan sel darah merah Tulang: Mengekalkan kekuatan tulang Gejala kekurangan hormon testosteron adalah lebih kurang sama dengan gejala putus haid di kalangan wanita. Kebiasaannya, pesakit akan mengalami perubahan emosi, kemurungan, letih yang berlarutan dan juga cepat marah. Yang lebih membimbangkan mereka adalah kekurangan nafsu syahwat yang menurunkan kualiti kadar ereksi terutamanya ereksi pada waktu malam. Mereka juga boleh mengalami gangguan tidur, berpeluh yang tidak tahu punca dan juga kesakitan sendi dan otot. Melalui perubahan fizikal, jisim tubuh dan kekuatan otot akan berkurang, meningkatkan lemak viseral dalam badan dan muka menjadi kemerah-merahan (flushing).
Item Type: | Article (Electronic Media) |
---|---|
Additional Information: | 6884/71651 |
Uncontrolled Keywords: | andropause, lelaki, hormon testosteron |
Subjects: | R Medicine > R Medicine (General) R Medicine > RC Internal medicine R Medicine > RV Botanic, Thomsonian, and eclectic medicine |
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): | Kulliyyah of Medicine Kulliyyah of Medicine > Department of Family Medicine (Effective: 1st January 2011) |
Depositing User: | SR NUR FARHANA LATFI |
Date Deposited: | 17 Apr 2019 15:02 |
Last Modified: | 10 May 2022 10:42 |
URI: | http://irep.iium.edu.my/id/eprint/71651 |
Actions (login required)
View Item |