IIUM Repository (IREP)

Pembangunan modul program intervensi keluarga untuk mengurangkan penyalahgunaan dadah dalam talian dan media baharu: satu kajian analisis keperluan

Janon, Nazariah Shar'ie and Mohd Mahudin, Nor Diana and Alwi, Azlin and Mukhtar, Kamarul Akmar (2019) Pembangunan modul program intervensi keluarga untuk mengurangkan penyalahgunaan dadah dalam talian dan media baharu: satu kajian analisis keperluan. Module. Agensi Antidadah Kebangsaan Malaysia (AADK), Kuala Lumpur.

[img] PDF - Published Version
Restricted to Registered users only

Download (265kB) | Request a copy

Abstract

Pembangunan sesuatu program yang komprehensif mempunyai cabarannya yang tersendiri dan perlu mengambil kira keperluan serta permasalahan kumpulan sasaran. Namun, kajian mengenai pembangunan program intervensi keluarga yang dapat mengurangkan risiko penyalahgunaan dadah dalam talian dan media baharu masih kurang dijalankan. Ini menyebabkan persoalan berkaitan pengisian serta isi kandungan yang sepatutnya digarap dalam program sedemikian terutamanya dalam kalangan keluarga di Malaysia masih belum diterokai. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk meninjau keperluan pembangunan program intervensi keluarga untuk pengurangan risiko pennyalahgunaan dadah dalam talian dan media baharu serta mencari maklumat tentang pengisian kandungan modul yang boleh dijadikan panduan dalam pembangunan program tersebut. Dengan menggunakan kajian kualitatif melalui temu bual separa berstruktur bersama tiga kumpulan responden iaitu kumpulan remaja yang terlibat dalam penyalahgunaan dadah (n = 30), ibu bapa atau waris yang mempunyai anak di pusat pemulihan kelolaan AADK (n= 22), dan kumpulan pakar (n = 6), hasil dapatan dapat dirumuskan kepada dua kategori. Pertama, wujudnya keperluan segera untuk membangunkan satu program intervensi keluarga yang dapat membantu keluarga mengurangkan risiko penyalahgunaan dadah dalam talian dan media baharu; dan kedua, lima tema utama iaitu (1) Pengetahuan, (2) Diri, (3) Keluarga, (4) Internet dan Media Baharu, dan (5) Undang-undang telah dikenal pasti sebagai pengisian yang sesuai dan bertepatan dengan keperluan program sasaran. Hasil kajian ini dijangka dapat memberikan gambaran tentang perincian modul serta aktiviti yang sesuai dalam membangunkan sesuatu program intervensi keluarga yang akan dibina supaya menjadi lebih relevan, praktikal, dan bermanfaat.

Item Type: Monograph (Module)
Additional Information: 2390/70878
Uncontrolled Keywords: Pembangunan modul; analisis keperluan, dadah; Internet, media baharu Module development; needs analysis, drugs, internet, social media
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology
B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology > BF207 Psychotropic drugs and other substances
H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman > HQ503 The family. Marriage. Home
H Social Sciences > HV Social pathology. Social and public welfare > HV5800 Drug habits. Drug abuse
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes: Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences > Department of Psychology
Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences
Depositing User: Nor Diana Mohd Mahudin
Date Deposited: 06 Mar 2019 11:33
Last Modified: 06 Mar 2019 11:33
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/70878

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year