Said, Mohamed Mohamed Tolba and Ismail, Daud and Abd Rahim, Fazlena and Abdul Rahman, Asyraf and Wan Mohd Khairudin, Wan Mohd Khairul Firdaus (2018) Transformasi dan Sumbangan Al-Razi (854-932M) Dalam Bidang Perubatan. Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari (17). pp. 41-50. ISSN 2289 6325
|
PDF
Download (267kB) | Preview |
Abstract
Al-Razi ialah seorang tokoh saintis Islam terkemuka pada abad pertengahan. Hasil karya beliau selain merupakan rujukan utama, menjadi sumber inspirasi kelahiran pelbagai idea dan teori dalam bidang farmakologi dan perubatan kontemporari. Artikel ini bertujuan mengetengahkan transformasi dan sumbangan beliau dalam bidang kedoktoran. Kajian ini menggunakan pendekatan analisis kandungan melibatkan data-data sekunder dari kajian kepustakaan yang dijalankan. Data-data kualitatif yang dikumpul dianalisis secara deskriptif. Hasil kajian menunjukkan al-Razi adalah seorang doktor dan pengamal perubatan yang banyak melakukan uji kaji. Melalui uji kaji yang dijalankan, beliau dapat mengenal pasti pelbagai jenis penyakit seperti cacar dan campak serta cara merawatnya. Di samping bertugas sebagai seorang doktor, beliau meluangkan masa untuk menulis sehingga berjaya menghasilkan banyak karya yang menjadi rujukan umum dalam pelbagai bidang perubatan
Item Type: | Article (Journal) |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Al- Razi, Transformasi, Kaedah Rawatan, Perubatan moden. |
Subjects: | R Medicine > R Medicine (General) R Medicine > RM Therapeutics. Pharmacology |
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): | International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC) |
Depositing User: | Prof. Dr. Mohamed Mohamed Tolba Said |
Date Deposited: | 08 Jan 2019 22:25 |
Last Modified: | 08 Jan 2019 22:25 |
URI: | http://irep.iium.edu.my/id/eprint/69294 |
Actions (login required)
View Item |