Abd. Rahim, Fazlena and Ujang, Norsidah and Said, Mohamed Mohamed Tolba (2018) Elemen Taman Islamik yang Diutamakan Orang Awam dan Persepsi Profesional terhadap Astaka Moroco di Putrajaya Berbanding Taman Islamik Timur Tengah. Journal of Advanced Research Design, 46 (1). pp. 1-13. ISSN 2289-7984
|
PDF
Download (818kB) | Preview |
Abstract
Kekurangan pemahaman tentang prinsip Islam dalam reka bentuk ruang awam telah mengakibatkan kelemahan fungsi, nilai estetika dan identiti tempat di kawasan perbandaran. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti ciri dan elemen ruang bandar Islamik di Putrajaya berdasarkan persepsi masyarakat dan profesional. Kajian soal selidik telah dijalankan terhadap lebih kurang 500 orang awam untuk menganalisis persepsi masyarakat mengenai Dataran Putra dan Astaka Moroco. Temu bual berdasarkan gambar juga dijalankan terhadap leibh kurang 100 orang profesional dalam bidang alam bina untuk menilai kualiti Astaka Moroco berbanding taman Islamik Timur Tengah berdasarkan persepsi mereka. Hasil kajian menunjukkan, gaya Dataran Putra paling disukai oleh orang awam berbanding Astaka Mooroco. Para profesional menjelaskan, Astaka Moroco tidak setanding kualitinya dengan taman Islamik Timur Tengah sama ada dari segi fungsi atau nilai estetik kerana kekurangan fungsi dan tiada keunikan identiti tersendiri. Ini kerana orang ramai lebih suka gaya taman Islamik yang mencerminkan identiti tempatan dan berfungsi sebagai ruang awam yang menyediakan pelbagai kemudahan. Penemuan ini boleh dijadikan panduan dalam mereka bentuk ruang awam Islamik yang disukai oleh masyarakat.
Item Type: | Article (Journal) |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Ruang awam Islamik, ciri, elemen, orang awam, profesional, persepsi, keutamaan, Putrajaya |
Subjects: | N Fine Arts > NA Architecture N Fine Arts > NA Architecture > NA1995 Architecture as a profession N Fine Arts > NA Architecture > NA2695 Architectural drawing and design N Fine Arts > NX Arts in general |
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): | International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC) |
Depositing User: | Prof. Dr. Mohamed Mohamed Tolba Said |
Date Deposited: | 08 Jan 2019 22:25 |
Last Modified: | 08 Jan 2019 22:25 |
URI: | http://irep.iium.edu.my/id/eprint/69293 |
Actions (login required)
View Item |