IIUM Repository

Garis panduan Pusat Bersalin Alternatif (ABC) di Klinik Kesihatan.

Kamaruzaman, Nor Azam and Ismail, Ghazali and Raman, Sudesan and Che Yusof, Mohd Daud (2013) Garis panduan Pusat Bersalin Alternatif (ABC) di Klinik Kesihatan. Manual. UNSPECIFIED.

[img] PDF
Restricted to Repository staff only

Download (809kB) | Request a copy
[img] PDF
Restricted to Repository staff only

Download (331kB) | Request a copy

Abstract

Kelahiran selamat merupakan salah satu dari empat (4) tunggak utama dalam penjagaan ibu hamil atau safe motherhood iaitu perancang keluarga; penjagaan antenatal; kelahiran yang selamat dan bersih serta pengendalian obstetrik yang asas yang digariskan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Ia bermaksud kelahiran yang dikendalikan oleh individu terlatih (skilled birth attendants) dan ia mestilah dalam persekitaran yang bersih dan sesuai. Di Malaysia, peratus kelahiran selamat telah mencapai 98% sejak tahun 2009. Antara fasiliti bersalin di bawah KKM ialah hospital berpakar dan tidak berpakar, Pusat Kelahiran Risiko Rendah dan Pusat Bersalin Alternatif. Pusat Bersalin Alternatif ialah fasiliti KKM yang menyediakan kemudahan bersalin yang selamat untuk ibu kategori berisiko rendah di kawasan pendalaman atau jauh dari kemudahan hospital. Konsep asal penubuhan ini adalah sebagai pilihan tempat bersalin bagi ibu berisiko rendah tetapi mempunyai faktor sosial tertentu yang tidak membolehkan ibu bersalin di rumah atau hospital. Ia terletak di kawasan Klinik Kesihatan dan dikendalikan oleh kakitangan yang terlatih serta sokongan asas untuk menghadapi kecemasan sekiranya berlaku. Ia dilengkapi dengan bilik bersalin dan peralatan yang mencukupi. Kakitangan yang bertugas terdiri daripada Jururawat Kesihatan (dengan Sijil Kebidanan)/Jururawat Masyarakat di bantu oleh Pegawai Perubatan dan Kesihatan dan Pakar Perubatan Keluarga.

Item Type: Monograph (Manual)
Additional Information: 69209/8581
Uncontrolled Keywords: Garis panduan, Pusat Bersalin Alternatif,Klinik Kesihatan.
Subjects: R Medicine > RG Gynecology and obstetrics > RG551 Pregnancy
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Medicine > Department of Family Medicine (Effective: 1st January 2011)
Depositing User: Dr Nor Azam Kamaruzaman
Date Deposited: 25 Jan 2019 16:46
Last Modified: 25 Jan 2019 16:46
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/69209

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year