IIUM Repository

Kesantunan Melayu: analisis konteks perbualan dalam rancangan bual bicara = Malay politeness: conversational context analysis in talk show

Zahid, Indirawati and Johari, Arina (2018) Kesantunan Melayu: analisis konteks perbualan dalam rancangan bual bicara = Malay politeness: conversational context analysis in talk show. GEMA Online: Journal of Language Studies, 18 (4). pp. 168-185. ISSN 1675-8021 E-ISSN 2550-2131

[img]
Preview
PDF (SCOPUS) - Supplemental Material
Download (162kB) | Preview
[img] PDF - Published Version
Restricted to Registered users only

Download (414kB) | Request a copy

Abstract

Kesantunan Melayu merupakan kesantunan yang digunakan dalam masyarakat Melayu – terikat dengan norma dan nilai masyarakat itu sendiri. Kesantunan Melayu (KM) merupakan hasil proses penggabungan dan modifikasi model Asmah (2000), Awang (2007) dan Tenas (2011). KM ini terbentuk daripada tiga faktor, iaitu peranan, kuasa dan perbezaan taraf sosial (PKS), tajuk (T) dan peraturan (Per.). Selain dari itu, faktor air muka (maruah) tercakup dalam PKS. Kajian ini menggunakan KM untuk menganalisis konteks perbualan struktur isi pemeran komunikasi dalam rancangan bual bicara bertajuk “Celik Mata, Reset Minda Orang Yang Tenang” yang diterbitkan oleh radio IKIM.fm. Pemeran komunikasi terdiri dari pengacara (PC), tetamu undangan (TU), pemanggil (PG) dan soalan FB (FB). Dalam struktur ini terdapat 16 konteks perbualan dengan 484 dialog. Analisis yang dilakukan mempunyai dua objektif, iaitu pengaplikasian KM dan kecenderungan penggunaan KM oleh pemeran. Kajian ini menggunakan kaedah analisis teks dan analisis kuantitatif. Dapatan analisis memperlihatkan aplikasi variasi KM, iaitu KM lengkap PKS+T+Per. dan tidak lengkap – melibatkan dua KM dan satu KM. Dapatan analisis memperlihatkan TU cenderung menggunakan faktor PKS+T dan PKS+T+Per. PC pula cenderung terikat dengan faktor Per. Sementara PG terikat dengan faktor T dan Per. dan FB, yang memperlihatkan kecenderungan faktor T+Per. Ini memperlihatkan bahawa KM diaplikasikan oleh pemeran komunikasi sesuai dengan peranan mereka dalam rancangan tersebut. Kesimpulannya KM dikawal secara mutlak oleh konteks dan pemeran komunikasi. *********************************************************** Malay politeness is the politeness used in the Malay community - bound by the norms and values of society. Malay Politeness (KM) is a result of merging and modification process of Asmah (2000), Awang (2007) and Tenas (2011) model. KM was formed by three factors, which are role, power and differences in social status (PKS), titles (T) and rules (Per.). Air muka (dignity) is included in PKS. KM was used to analyze conversational context of content structure of the talk show titled “Celik Mata, Reset Minda Orang Yang Tenang” published by radio IKIM.fm. Communicator consist of host (PC), invited guest (TU), callers (PG) and FB (FB) questions. There are 16 conversational contexts with 484 dialogues in this structure. The analysis has two objectives, the application of KM and the tendency of KM used by the cast. Text analysis and quantitative research design are employed in the study. Findings show variation of KM is applied, which includes complete KM PKS+T+Per. and incomplete - involving two KM and one KM. Findings show that TU tend to use PKS+T and PKS+T+Per. factor. PC was bound to the Per. factor. While PG is bound by the T and Per. and FB, which showed a tendency of T+Per. factor. This shows that KM is applied by the communicator in accordance with their role. In conclusion, KM is absolutely controlled by the context and the communicators.

Item Type: Article (Journal)
Additional Information: 4909/68916
Subjects: P Language and Literature > P Philology. Linguistics > P87 Communication. Mass media
P Language and Literature > P Philology. Linguistics > P94 Communication and Islam
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Languages and Management
Depositing User: DR. ARINA JOHARI
Date Deposited: 26 Dec 2018 12:23
Last Modified: 26 Dec 2018 15:08
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/68916

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year