IIUM Repository (IREP)

Pengundi dan isu dalam pilihan raya kecil Kajang

Syed Abdullah Idid, Syed Arabi (2018) Pengundi dan isu dalam pilihan raya kecil Kajang. In: Pilihan Raya Kecil: Sungai Limau, Kajang, Balingian dan Pengkalan Kubor. IIUM Press, International Islamic University Malaysia, Kuala Lumpur, Malaysia, pp. 51-77. ISBN 978-967-418-574-9

[img] PDF - Published Version
Restricted to Repository staff only

Download (17MB) | Request a copy

Abstract

Kajian ini diadakan untuk meninjau keadaan Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang dengan memberi tumpuan terhadap peranan pengundi, isu, dan imej parti sebagai penentu kepada keputusan pengundi. Tinjauan pengundi dilakukan sebelum penamaan calon dan tinjauan kedua dibuat seminggu selepas tarikh pengundian untuk melihat sebarang perubahan yang berlaku akibat kempen politik oleh kedua-kedua buah parti yang bertanding. Isu dan faktor lain dalam kajian pertama kemudiannya dibandingkan dalam kajian kedua untuk melihat sekiranya terdapat perbezaan dan persamaan. Penamaan calon diadakan pada 11 Mac 2014 dan pembuangan undi diadakan pada 23 Mac 2014. Kajian ini dilakukan dengan menggunakan soalselidik melibatkan seramai 589 responden (Kajian Pra) dan 619 responden (Kajian Pasca) dari lapan daerah mengundi di Kajang bagi mengenalpasti isu yang relevan bagi pengundi serta mengetahui kewajaran PRK itu diadakan. Imej parti dan pemimpin parti banyak dibincangkan oleh pengundi. Beberapa ciri tentang Pakatan Rakyat (PR) dan Barisan Nasional (BN) diberikan oleh pengundi, termasuk mengaitkan isu tempatan dengan isu nasional. Kedua-dua kajian Pra dan Pasca PRK juga memperlihatkan majoriti responden berasakan PRK wajar diadakan. Hal ini menjadi titik tolak kepada pengundi-pengundi Kajang untuk menuntut beberapa masalah yang dirasakan penting kepada mereka seperti masalah kawasan diselesaikan oleh pihak-pihak berwajib.

Item Type: Book Chapter
Additional Information: 3279/68171
Uncontrolled Keywords: pilihan taya kecil, PRK, pengundi, politik, Malaysia, Kajang, Selangor
Subjects: J Political Science > JQ Political institutions Asia > JQ719 Elections in Malaysia
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes: Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences
Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences > Department of Communication
Depositing User: Prof Syed Arabi Idid
Date Deposited: 21 Dec 2018 09:09
Last Modified: 09 Jan 2019 08:59
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/68171

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year