IIUM Repository

Sedekad penerbitan buku ilmiah dalam Bahasa Melayu di Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Negara Brunei Darussalam 2007-2017

Hashim, Roosfa (2018) Sedekad penerbitan buku ilmiah dalam Bahasa Melayu di Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Negara Brunei Darussalam 2007-2017. In: Seminar Antarabangsa Memartabatkan Bahasa Melayu/Indonesia ASEAN ke-4 2018, 24th-25th Nov. 2018, Thailand.

[img] PDF - Published Version
Restricted to Registered users only

Download (3MB) | Request a copy

Abstract

Kajian ini bertujuan meneliti buku-buku ilmiah dalam bahasa Melayu yang telah diterbitkan oleh Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Negara Brunei Darussalam dalam tempoh sedekad penubuhan universiti itu antara 2007-2017. Kaedah yang digunakan ialah melalui pencarian dalam katalog perpustakaan khususnya menggunakan katalog capaian terbuka dalam talian (OPAC -Online Public Access Catalogue) bagi mengesan judul buku yang telah diterbitkan menggunakan imprin UNISSA. Pengesanan juga dilakukan dengan menghubungi Penerbit UNISSA, fakulti dan jabatan bagi mengesan terbitan universiti tersebut. Daripada judul-judul yang dikesan dapatlah dikenal pasti subjek atau bidang ilmu buku yang sedang berkembang di UNISSA dan jumlah judul mengikut disiplin ilmu. Hasil kajian ini membentangkan trend penerbitan yang sedang berlaku di UNISSA dari segi perkembangan pelbagai bidang ilmu peringkat tinggi dalam bahasa Melayu di Universiti Islam itu. Sesungguhnya UNISSA adalah sebuah universiti Islam yang agak muda dari segi usia penubuhannya, namun perkembangan dan penyuburan khazanah ilmu yang sedang berlaku di UNISSA nampaknya agak cergas dan telah menerobos ke dalam pelbagai bidang ilmu di luar bidang pengajian Islam. Pada masa yang sama, kajian ini menyimpulkan bahawa UNISSA dan para sarjananya mempunyai iltizam yang tinggi dalam memastikan bahasa Melayu digunakan dengan serius dalam pengajian ilmu peringkat tinggi di universiti.

Item Type: Conference or Workshop Item (Plenary Papers)
Additional Information: 7684/68146
Uncontrolled Keywords: Negara Brunei Darussalam -UNISSA --Penerbitan Ilmiah-Bahasa Melayu
Subjects: L Education > L Education (General)
P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania > PL5101 Malay
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Information and Communication Technology > Department of Library & Information Science
Kulliyyah of Information and Communication Technology > Department of Library & Information Science

Kulliyyah of Information and Communication Technology
Kulliyyah of Information and Communication Technology
Depositing User: ROOSFA HASHIM
Date Deposited: 18 Dec 2018 14:59
Last Modified: 18 Dec 2018 14:59
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/68146

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year