Azmi, H. and Che Haron, Che Hassan and A. Ghani, Jaharah and Mokhtar, Suhaily (2018) Comparison effect of delamination factor (Fd) on unidirectional and woven kenaf fibre reinforced plastic composite materials during milling process [Pembandingan kesan faktor pelekangan (Fd) ke atas bahan komposit plastik bertetulang ekaarah dan bertenun semasa proses pemesinan kisar]. Sains Malaysiana, 47 (4). pp. 829-838. ISSN 0126-6039
PDF
- Published Version
Restricted to Repository staff only Download (2MB) | Request a copy |
||
PDF (Scopus)
- Supplemental Material
Restricted to Repository staff only Download (501kB) | Request a copy |
||
|
PDF
Download (300kB) | Preview |
Abstract
Serabut kenaf merupakan salah satu serabut berasaskan tumbuhan di dalam kumpulan serabut asli yang semakin luas penggunaannya. Serabut kenaf dicampurkan dengan bahan plastik (epoksi) bagi menghasilkan suatu bahan baharu dengan sifat mekanikal yang baik dengan kos pembuatan yang rendah. Bahan kerja ini terbahagi kepada dua jenis iaitu serabut kenaf ekaarah dan serabut kenaf tenunan. Uji kaji ini akan menumpukan kepada pembandingan kesan faktor pelekangan Fd yang terhasil semasa proses pemesinan kisar ke atas bahan komposit tersebut dengan penentuan set parameter mesin yang paling optimum bagi mengurangkan kesan Fd. Uji kaji dijalankan berdasarkan analisis kaedah gerak balas permukaan (RSM) dengan pendekatan reka bentuk Box-Behnken bagi mendapatkan hasil faktor bersandar terhadap sambutan. Faktor yang terlibat adalah kelajuan pemotongan, kadar suapan dan kedalaman pemotongan. Proses pengisaran secara lelurus (lurah) dilakukan bagi melihat kesan Fd yang terhasil dengan menggunakan perkakasan mata alat jenis Keluli Berkelajuan Tinggi (HSS) tidak bersalut hujung rata berdiameter 10 mm. Imej daripada mikroskop menunjukkan bahan komposit serabut kenaf ekaarah menghasilkan faktor pelekangan yang tinggi berbanding kesan ke atas bahan komposit serabut kenaf bertenun. Bagi set parameter optimum pula, bahan kerja serabut kenaf ekaarah ialah kelajuan pemotongan, kadar suapan dan kedalaman pemotongan yang rendah. Manakala bagi bahan kerja serabut kenaf bertenun, set parameter optimum adalah kelajuan pemotongan yang rendah dengan kadar suapan dan kedalaman pemotongan yang tinggi.
Item Type: | Article (Journal) |
---|---|
Additional Information: | 7812/66479 |
Uncontrolled Keywords: | Faktor pelekangan; optimum; RSM Box-Behnken |
Subjects: | T Technology > TS Manufactures T Technology > TS Manufactures > TS1080 Paper manufacture. Woodpulp industry |
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): | Kulliyyah of Engineering Kulliyyah of Engineering > Department of Manufacturing and Materials Engineering |
Depositing User: | Dr. Suhaily Mokhtar |
Date Deposited: | 24 Sep 2018 15:56 |
Last Modified: | 24 Jan 2019 10:19 |
URI: | http://irep.iium.edu.my/id/eprint/66479 |
Actions (login required)
View Item |