Mat Jubri@Shamsuddin, Mustafa and Sitiris, Miszairi (2018) Pengamalan talfiq (percampuran mazhab) di kalangan masyarakat Islam di Malaysia = The practice of talfiq (combining mazhab) among Muslims in Malaysia. Journal of Education and Social Sciences, 10 (2). pp. 37-44. ISSN 2289-9855
PDF
- Published Version
Restricted to Registered users only Download (229kB) | Request a copy |
Abstract
Persoalan talfiq timbul ketika masyarakat Islam mengikat diri memilih salah satu cara dalam memahami Islam dan menjadikannya penghukum mutlak bagi setiap perkara yang timbul. Pertentangan yang tercetus antara cara ini dan cara yang tidak terikat adalah pada kemutlakan cara penghukuman yang diambil, kerana usaha mencampur adukkan cara penghukuman menyebabkan kemasukan unsur luar ke dalam cara yang dipegang. Kebimbangan dilihat pada ketidakseragaman dasar dan hasil yang disebabkan oleh kepelbagaian cara yang dipakai. Kertas kerja ini akan berusaha menilai tanggapan masyarakat Islam di Malaysia terhadap persoalan talfiq dan sejauh mana pengamalannya dalam kehidupan mereka seharian. Adalah menjadi satu persepsi awal bahawa masyarakat Islam di Malaysia berada di keadaan pertama iaitu memilih mazhab Syafie sebagai pegangan penghukuman bagi semua masalah fiqh. Penelusuran ke atas sejarah dan pengamalan semasa yang akan dibentangkan oleh kertas kerja ini bakal memberikan jawapannya.
Actions (login required)
View Item |