IIUM Repository

Elak konflik mahkamah syariah, Jabatan Mufti

Wan Muhammad, Ramizah (2018) Elak konflik mahkamah syariah, Jabatan Mufti. Berita Harian. p. 10.

[img]
Preview
PDF - Published Version
Download (188kB) | Preview

Abstract

ADA dua institusi agama yang sangat signifikan dalam sistem perundangan Islam di Malaysia sejak sebelum merdeka hingga hari ini. Institusi itu ialah institusi kehakiman atau Mahkamah Syariah dan institusi fatwa atau Jabatan Mufti. Pada zaman Kesultanan Melaka, mufti menjadi penasihat kepada Sultan yang pada masa itu merangkap ketua hakim untuk membuat keputusan kes. Mahkamah Syariah suatu ketika dahulu dikenali dengan nama Mahkamah Kadi. Mufti pula pada masa dahulu ditugaskan untuk menasihatkan Sultan dalam hal ehwal agama Islam. Hakikatnya, tugas mufti kekal hingga hari ini dan dimasukkan dalam undang-undang pentadbiran agama Islam bagi setiap negeri di Malaysia. Dari segi objektif, kedua-dua institusi itu sama, iaitu berkaitan dengan memelihara kesucian agama Islam serta aqidah umat Islam, selain menjadikan syariah sebagai asas keadilan. Satu lagi sifat kesamaan yang ada di antara kedua-dua institusi ini ialah bersifat kenegerian. Mereka milik kerajaan negeri kecuali Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

Item Type: Article (Newspaper)
Additional Information: 1717/64945
Uncontrolled Keywords: konfik, Mahkamah syariah, Jabatan Mufti
Subjects: K Law > KBP Islamic Law
K Law > KPG Malaysia
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Ahmad Ibrahim Kulliyyah of Laws > Department of Islamic Law
Depositing User: Dr. Ramizah Wan Muhammad
Date Deposited: 03 Aug 2018 12:01
Last Modified: 03 Aug 2018 12:01
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/64945

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year