IIUM Repository (IREP)

Asas pembinaan taman terapeutik

Othman, Jamilah and Abdul Malik, Nurhayati and Raslee, Nur Adeena (2017) Asas pembinaan taman terapeutik. IIUM Press, International Islamic University Malaysia, Kuala Lumpur. ISBN 978-967-418-417-9

[img]
Preview
PDF - Published Version
Download (4MB) | Preview

Abstract

Taman terapeutik yang direka dengan suasana landskap yang gembira, tenang, selesa dan damai berperanan merawat dan memulihkan emosi yang kurang stabil. Disebabkan oleh ciri-ciri terapi yang dimiliki, maka taman ini sesuai diperkenalkan di landskap awam selain dari hospital, pusat kesihatan dan klinik. Oleh itu, adalah wajar untuk mengetahui beberapa konsep berkaitan dengan asas pembinaan taman terapeutik supaya fungsi terapi yang dihasilkan berpotensi menyelesaikan beberapa masalah psikologi yang kurang kompleks. Asas Pembinaan Taman Teraputik mengandungi sumber maklumat yang membincangkan isu rawatan dan pemulihan menerusi kaedah alam semulajadi. Buku ini memuatkan bacaan ringkas sebagai pengetahuan am serta rujukan ilmiah dalam disiplin seni bina landskap dan seni bina. Terdapat empat bab, di mana susunan setiap satunya telah mengambilkira faktor kesinambungan. Beberapa contoh-contoh ilustrasi telah digunapakai supaya penerangan menjadi lebih jelas. Bab 1 menerangkan mengenai pengertian taman teraputik daripada sudut warna dan ekologi di mana pengenalannya telah dikaitkan dengan alam semulajadi. Pengertian ringkas teraputik menamakan elemen-elemen alam semula jadi tertentu yang digunapakai serta mempunyai pengaruh yang tersendiri dalam membantu keperluan rawatan serta pemulihan ke tahap yang dihendaki. Bab 2 menerangkan kepentingan rawatan dan pemulihan terapi melalui konsep estetika, aromatik dan istirahat. Di sini, pendekatan estetika lebih dititikberatkan kerana ia dapat memberi kesan pemulihan psikologi yang tinggi. Secara ringkas, penulisan juga menerangkan kepentingan taman teraputik di kalangan kanak-kanak. Kesesuaian pembinaan taman terapeutik di landskap awam turut dibincangkan dalam konteks seni bina tempatan dengan meilustrasikan beberapa contoh taman. Kepentingan amalan dan kepercayaan masyarakat dahulu mengenai alam semula jadi telah dibahas dan dihubungkaitkan dengan teori-teori terapi kontemporari seperti yang dicetus oleh teori tingkahlaku, teori Gestalt dan teori warna. Bab 3 membincang kedudukan taman teraputik dalam disiplin seni bina. Di sini keperluan-keperluan seni visual dan aktiviti riadah boleh membantu keberkesanan sebuah taman teraputik yang dilangsungkan pembinaanya menerusi pembangunan seni bina. Dengan kata lain, kesedaran terhadap kepentingan taman teraputik dalam amalan seni bina adalah antara topik utama Asas Pembinaan Taman Teraputik dalam bab ini. Bab 4 mengambilkira pembinaan taman teraputik di landskap-landskap awam seperti di institusi-institusi kerajaan, landskap-landskap perindustrian, pusat membeli-belah dan seumpamanya. Fokus bertumpu kepada konsep yang bercirikan istirahat. Dalam skop yang lebih besar dan selari dengan Dasar Landskap Negara, ‘konsep hijau’ telah dicadangkan dalam reka bentuk landskap bandar. Asas Pembinaan Taman Teraputik diakhiri dengan pengenalan taman teraputik di kalangan kanak-kanak yang mana isu keselamatan menjadi topik perbincangan. Kami berharap buku ini akan menjadi panduan dan inspirasi yang berguna bagi membantu menangani masalah psikologi menerusi aplikasi terapi landskap. Sehubungan itu, pelbagai golongan masyarakat yang terdiri dari para akademik, pihak berkuasa tempatan, professional, malah pelajar-pelajar universiti, harus berterusan mencari kaedah-kaedah yang efektif dalam meningkatkan kualiti hidup yang lebih sihat. Mungkin kita telah berjaya mencapai penyelesaiannya apabila yakin bahawa nilai-nilai alam semula jadi adalah antara media penyembuhan utama kepada pelbagai masalah kesihatan moden.

Item Type: Book
Additional Information: 2916/63462 - Call no. fp SB472.45J32A 2017
Uncontrolled Keywords: Taman Terapeutik; Estetika, Aromatik, Istirahat dan Pemulihan dan rawatan
Subjects: R Medicine > RA Public aspects of medicine
R Medicine > RA Public aspects of medicine > RA0421 Public health. Hygiene. Preventive Medicine
R Medicine > RM Therapeutics. Pharmacology
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes: Kulliyyah of Architecture and Environmental Design
Kulliyyah of Architecture and Environmental Design > Department of Landscape Architecture
Depositing User: Dr. Jamilah Othman
Date Deposited: 10 Oct 2018 11:46
Last Modified: 18 Mar 2019 16:29
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/63462

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year