IIUM Repository

Apa salah pengkid?

Abdul Rahim, Adibah and Dzulkifli, Mariam Adawiah and Rokis, Rohaiza (2017) Apa salah pengkid? Telaga Biru, Kuala Lumpur. ISBN 978-967-388-323-3

[img] PDF - Published Version
Restricted to Repository staff only

Download (19MB) | Request a copy

Abstract

Masyarakat Islam kini berdepan dengan cabaran yang begitu besar iaitu cabaran untuk memperkasa dan mempraktik ajaran Islam di kalangan umat Islam sendiri yang terpesong dari landasan keimanan dan peradaban Islam. Perubahan budaya ini sudah lama berlaku di Barat malah ia kini semakin kritikal apabila masyarakatnya membenarkan perhubungan dan perkahwinan sesama jenis. Adakah kita mahu senario sama berlaku di Malaysia di mana majoriti penduduknya beragama Islam? Adakah kita sanggup membiarkan masyarakat Islam Malaysia terus leka dan dibiarkan hanyut dengan gejala negatif ini? Di atas dasar ini, kami mengambil initiatif membuat kajian berhubung gejala pengkid di Malaysia. Alhamdulillah kami bersyukur ke hadrat Allah s.w.t. kerana dengan hidayahNya kami dapat menyiapkan kajian berhubung isu pengkid. Terma pengkid merujuk kepada seorang perempuan, kebiasaanya remaja, yang berpakaian, berpenampilan dan berperwatakan seperti lelaki. Tingkah laku, tindakan malah minat atau naluri seksual mereka juga adalah kepada kaum sejenis iaitu kaum wanita. Pengkid menjalinkan hubungan dengan wanita dan mereka akan memainkan peranan sebagai seorang lelaki. Mereka bercinta dan ada yang melampaui batas sehingga melakukan hubungan seks. Golongan ini cuba menonjolkan identiti jantina berlawanan dengan norma biologi, moral, dan sosial kewanitaan yang mereka miliki. Meskipun Majlis Fatwa Kebangsaan telah memutuskan bahawa pengkid adalah haram dan dilarang sama sekali, senario terkini dan laporan-laporan kes melibatkan pengkid menunjukkan bahawa gejala tersebut masih lagi berleluasa, malah menjadi semakin ketara. Masalah sosial ini bukan hanya berkisar kepada permasalahan antara seorang individu dan individu yang lain malah ianya melibatkan banyak pihak dan boleh memberi pelbagai kesan negatif terhadap masyarakat sejagat. Ianya dianggap kronik kerana boleh meruntuhkan institusi kekeluargan dan membawa kepada kesalahan jenayah sosial dan salah laku di sisi undang-undang negara. Selain itu, gejala pengkid dianggap merbahaya kerana ianya boleh membawa kesan terhadap kesihatan fizikal, mental, dan spiritual serta mebawa kepada keruntuhan akhlak. Memandangkan Malaysia telah meletakkan Islam sebagai agama rasmi persekutuan di mana majoriti penduduknya beragama Islam, adalah tidak dinafikan bahawa isu fundamental berkaitan akhlak dan moral seperti menzahirkan diri secara abnormal, penukaran jantina dan perkahwinan sesama jantina dianggap perkara-perkara tidak bermaruah. Jika golongan pengkid dibenarkan berleluasa tanpa batasan, masyarakat akan hilang nilai-nilai agama dan moral. Di dalam konteks demografi, jika tiada hubungan kelamin secara normal, tiada lagi kesinambungan zuriat, maka penduduk tidak akan bertambah. Tidak akan ada orang yang cukup untuk menyokong infrastruktur, keperluan perubatan, pembangunan ekonomi, dan lain-lain. Ini merupakan satu fakta. Jadi, logik akal memberitahu kita bahawa struktur kehidupan yang tiada pedoman ini adalah bahaya kepada masyarakat kerana ia tidak boleh menghasilkan anak-anak untuk melanjutkan masyarakat. Buku ini mengutarakan isu dan gejala pengkid yang jelas menjadi satu permasaalahan sosial yang dianggap serius oleh majoriti masyarakat Malaysia. Penularannya yang semakin berleluasa dan menjadi amat ketara kebelakangan ini amat membimbangkan ahli masyarakat yang sayangkan negara. Selain mengancam institusi kekeluargaan, pengkid jelas terpesong dari landasan hidup beragama. Hakikatnya, krisis gender atau kecelaruan jantina ini bertentangan dengan fitrah asal kejadian dan kehendak manusia. Lebih-lebih lagi kerana ia melibatkan masyarakat Malaysia yang jelas mempunyai prinsip kenegaraan yang berdaulat ‘kesopanan dan kesusilaan’. Memandangkan isu ini semakin menular di dalam masyarakat Malaysia hari ini, kami berharap agar buku ini dapat membuka mata dan minda masyarakat agar lebih prihatin dalam menanganinya. Kajian tentang indikator fizikal serta tingkahlaku pengkid mampu membuka mata dan menyedarkan masyarakat tentang identiti sebenar seorang pengkid. Beberapa faktor yang menyumbang kepada gejala pengkid turut dibahas agar masyarakat lebih berhati-hati dalam membendung gajala ini. Seterusnya, buku ini turut menyarankan beberapa pelan tindalan yang harus digalas oleh pelbagai pihak termasuk kerajaan, pihak berkuasa, golongan bijak pandai, ibu bapa serta individu terbabit. Penerbitan buku seumpama ini perlu untuk melengkapi maklumat yang disalurkan oleh media massa yang lain. Buku ini ditulis untuk berkongsi ilmu dan juga tanggungjawab sosial kami. Adalah diharapkan agar ia mampu menjadi panduan dan rujukan masyarakat amnya, supaya masyarakat lebih prihatin dengan kewujudan gejala pengkid, permasaalah dan juga cara untuk menanganinya. Kami perpendapat bahawa pendedahan isu pengkid ini dapat menjentik kesedaran orang ramai terhadap perlunya kepada pelan-pelan tindakan untuk membendung gejala ini daripada terus berleluasa di Malaysia. Buku berkaitan permasaalahan sosial agak terhad dipasaran. Justeru itu, penerbitan buku ini diharap dapat menjadi perhatian masyarakat kerana ia mampu untuk menyalurkan maklumat berkaitan permasaalahan sosial khususnya pengkid secara lebih formal dan tersusun. Buku ini boleh dijadikan sebagai panduan, rujukan atau bacaan umum. Sasaran pembaca buku ini terdiri daripada semua peringkat masyarakat amnya. Akhir sekali, kami merakamkan setinggi penghargaan kepada Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan Darul Khusus di atas pembiayaan penyelidikan tentang pengkid sehingga kami dapat melahirkan buku ini. Penghargaan ini juga dipanjangkan kepada Telaga Biru Snd.Bhd. yang sudi menerbitkan buku ini seterusnya kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam penerbitan buku ini.

Item Type: Book
Additional Information: 2231/61651
Uncontrolled Keywords: pengkid
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BL Religion
H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences > Department of Usul al-Din and Comparative Religion
Depositing User: Dr Adibah Abdul Rahim
Date Deposited: 26 Jan 2018 11:49
Last Modified: 19 Feb 2018 10:30
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/61651

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year