IIUM Repository (IREP)

Bahasa dan tamadun manusia: Adam a.s hingga Muhammad s.a.w

Yaacob, Solehah@Nik Najah Fadilah (2017) Bahasa dan tamadun manusia: Adam a.s hingga Muhammad s.a.w. Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur. (In Press)

[img] PDF (acceptance letter)
Restricted to Repository staff only

Download (122kB)
[img] PDF - Submitted Version
Restricted to Registered users only

Download (10MB)

Abstract

Ahli sejarah bahasa berpendapat bahawa terdapat kemungkinan kisah banjir besar yang diceritakan di dalam Taurat adalah ditulis berdasarkan kisah yang diceritakan di dalam batu bersurat `Epik Gilgamesh` ini, berdasarkan kepada beberapa persamaan yang terdapat pada kedua-dua kisah, sebagai contoh: kedua-dua kisah telah menceritakan bahawa beberapa hari setelah banjir bermula, watak utama kisah atau dikenali sebagai “Utunabishtim” telah melepaskan beberapa ekor burung melalui jendela kapal pada hari ke tujuh ketika berada di dalam kapal, namun begitu tiga hari kemudian burung-burung tersebut kembali semula ke kapal, menandakan tiada tempat untuk disinggah kerana semuanya ditenggelami air. Maka sekali lagi “Utunabishtim” melepaskan burung-burung tersebut, kejadian yang sama tetap berulang burung-burung itu kembali semula ke kapal, untuk kali ketika ketiga dilepaskan semula burung-burung tersebut namun tiada seekor pun dari burung-burung tersebut pulang semula ke kapal, maka fahamlah “Utunabishtim” bahawa air sudah mula surut dan sudah terdapat daratan yang boleh disinggahi. Jika pendapat ini benar, maka ia telah menjadi salah satu bukti bahawa perician kisah taufan yang terdapat dalam Taurat adalah catatan manusia dan bukannya wahyu dari Tuhan! Selain dari itu, telah didapati bahawa banyak nama-nama kabilah Arab yang muncul sebelum Aad dan Thamud telah dibuang dari peta genealogi Taurat ketika ia menceritakan tentang keturunan Nabi Nuh a.s. Di antara anak-anak `Aram` (cucu Nabi Nuh a.s) yang telah dihilangkan ialah ‘Aus’, ‘Ghasir’ dan ‘Jaser’ atau lebih dikenali oleh ahli sejarah bahasa sebagai `al-Arab al-Baidah al-Ula`(The First Lost Arab) iaitu asal kepada kabilah Aad dan Thamud `al-Arab al-baidah`(The Lost Arab). Selain itu, kisah Nabi Ibrahim a.s yang mempunyai isteri ketiga juga dibincangkan selain Sarah (yang merupakan anak kepada pakciknya Haran) dan Siti Hajar (bekas dayang istana Firaun), disamping penceritaan tentang anak saudaranya Nabi Luth (merupakan saudara Sarah) serta kisah kemusnahan Kaum Pompeii. Kisah kehebatan Raja Sargon dan Raja Hamurabbi juga bakal diketengahkan berdasarkan dalil-dalil yang terdapat di dalam batu bersurat dan Kitab-kitab lama Yahudi. Buku ini juga menyentuh kisah `kod Hamurabbi` yang masyhur, yang dikatakan menyerupai `kod Musa` sehingga menyebabkan sesetengah ahli sejarah bahasa mengeluarkan teori bahawa `kod Musa` adalah hasil jelmaan dari `kod Hamurabbi` yang telah ditulis 800 tahun sebelumnya. Jika ini benar, maka telah terbukti sekali lagi bahawa ahli-ahli pendeta Yahudi telah menulis sendiri Taurat dengan mengambil maklumat dari `kod Hamurabbi` tanpa memberitahu rujukannya yang sebenar. Teori ini ada benarnya, kerana dikatakan bahawa batu yang tertulis di atasnya `kod Musa` yang sebenar itu telah dihancurkan sendiri oleh Nabi Musa a.s setelah baginda turun dari bukit Tursina, akibat terlalu marah akan kaumnya yang sedang menyembah sapi emas. Walaupun ada setengah pendapat mengatakan bahawa ianya masih ada dan masih boleh digunakan pada ketika itu apabila serpihan-serpihan batu itu dicantumkan semula, namun, peristiwa dimana Nabi Musa a.s dan pengikut-pengikutnya tersesat di padang Tieh ketika dalam perjalanan ke palestin selama 40 tahun, serta perang yang sentiasa tercetus pada ketika itu telah meningkatkan kemungkinan bahawa batu yang tertulis di atasnya `kod Musa` itu telah termusnah. Selain itu, buku ini juga turut membincangkan bahasa yang dipertuturkan oleh Nabi Musa a.s dan bahasa digunakan dalam tulisan `kod Musa`. Perbincangan ini penting memandangkan ahli-ahli bahasa barat telah mendakwa bahawa bahasa Aramaik merupakan `lingua franca` di antara kurun ketujuh belas sehingga kurun pertama sebelum masihi. Namun bagaimana pula dengan dakwaan yang mengatakan bahawa bahasa asal yang digunakan di dalam Taurat dan Injil itu adalah bahasa Hebrew? Di sini terdapat satu teori, iaitu pendeta-pendeta Yahudi pada ketika itu telah mencampur adukkan bahasa Hebrew ke dalam bahasa Aramaik dan bahasa Phonecian ke dalam tulisan mereka di dalam Taurat. Sesungguhnya perbincangan bahasa dan perubahan tulisan merupakan cerita asas dalam buku ini yang bersandarkan kepada `case study` melalui kisah-kisah para nabi dan bukti bertulis di atas batu-batu bersurat. Perbincangan kemudiannya diteruskan lagi dengan huraian tentang hubungan antara Negara Palestin dengan bangsa Greek, iaitu dipercayai bahawa tulisan Greek pada awalnya ditulis dari kanan ke kiri, hasil pengaruh bahasa Phonecian (Bahasa Semitik barat), sebelum mereka menukarkannya dari kiri ke kanan. Begitu juga kebersamaan yang didapati pada teknik-teknik penulisan syair Iliad dan Oddesy yang dikarang oleh Homer pada tahun 750 sebelum Masihi dengan syair –syair Arab, antaranya pada rima syair tersebut menunjukkan bahawa ianya tidak ditulis bahkan hanya dihafal. Di samping itu, perbincangan di dalam buku ini juga turut menyentuh kerajaan-kerajaan yang kurang diketengahkan di dalam sejarah purba seperti kerajaan kerajaan Aram, kerajaan Hamurabi, kerajaan Assyuria, kerajaan Nabatean, kerajaan Qaidar, kerajaan Ghasasanah, dan kerajaan Palmyra yang seterusnya membawa kepada pengetengahan nama-nama keturunan raja-raja Arab yang hebat, di antaranya seorang raja perempuan yang bernama Zenobia atau sesetengah pakar sejarah bahasa mengatakan namanya الزباء yang terkenal dengan kebijaksanaan dalam mentadbirkan negara dan menguasai pelbagai bahasa asing termasuk Greek dan Latin. Dalil-dalil yang terdapat pada batu-batu bersurat telah menjadi sumber-sumber sejarah yang penting yang telah ditonjolkan di dalam buku ini untuk mengukuhkan lagi penceritaan, contohnya batu bersurat Imru` al-Qais dan Ummu Jamal yang telah digunakan sebagai bukti kukuh yang menunjukkan bahawa evolusi tulisan Arab telah bermula semenjak sekian lama. Ahli sejarah bahasa mempercayai bahawa evolusi tulisan dan perkataan sesebuah bahasa berlaku seiring dengan perubahan pemikiran bangsa dan umat ketika itu. Kenyataan ini seterusnya membawa kepada perbincangan tentang isu `Kalimah Allah` serta sejarah tulisannya. Kitab-kitab suci yang telah diturunkan seperti al-Quran, Taurat, Injil dan Zabur telah menggunakan bahasa yang sesuai dengan kekuatan pemikiran Ummat yang diturunkan kepadanya.

Item Type: Book
Additional Information: 2297/58069
Subjects: D History General and Old World > D History (General) > D051 Ancient History
D History General and Old World > D History (General)
H Social Sciences > H Social Sciences (General)
H Social Sciences > H Social Sciences (General) > H51 History
H Social Sciences > H Social Sciences (General) > H57 Biography
H Social Sciences > H Social Sciences (General) > H61 Theory. Method
H Social Sciences > H Social Sciences (General) > H99 Charts, diagrams, etc.
H Social Sciences > HN Social history and conditions. Social problems. Social reform
P Language and Literature > P Philology. Linguistics
P Language and Literature > PA Classical philology
P Language and Literature > PI Oriental languages and literatures
P Language and Literature > PJ Semitic
P Language and Literature > PJ Semitic > PJ6001 Arabic > PJ6073 Language
P Language and Literature > PJ Semitic > PJ6001 Arabic > PJ6073 Language > PJ6690 Ancient Arabic
P Language and Literature > PJ Semitic > PJ6001 Arabic > PJ6073 Language > PJ6950 South Arabian
P Language and Literature > PJ Semitic > PJ6001 Arabic > PJ7501 Arabic literature
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes: Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences > Department of Arabic Language and Literature
Depositing User: Dr. Solehah Yaacob
Date Deposited: 21 Aug 2017 01:55
Last Modified: 10 Jan 2018 03:17
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/58069

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year