IIUM Repository (IREP)

Memupuk penyelesaian masalah dan penilaian prestasi di kalangan guru matematik Di Malaysia

Khalid, Madihah (2015) Memupuk penyelesaian masalah dan penilaian prestasi di kalangan guru matematik Di Malaysia. In: Simposium Kebangsaan Sains Matematik 2015 (SKSM2015) = 2015 National Symposium of Mathematical Sciences, 24–26 November 2015, Johor Bahru, Johor. (Unpublished)

[img] PDF (Abstract)
Restricted to Repository staff only

Download (1MB) | Request a copy

Abstract

Penyelesaian masalah dianggap penting dalam pembelajaran matematik kerana ia mengembangkan aspek pemikiran logik dalam mempelajari matematik. Dengan itu, ia membolehkan pelajar menaakul, menyampaikan idea-idea, dan menggunakan pengetahuan sedia ada untuk konteks yang baru dan berbeza daripada masalah dan situasi sebelumnya. Didalam keputusan terbaru “Programme for International Student Assessment” (PISA), berkaitan dengan penyelesaian masalah, didapati pelajar Malaysia yang berumur sekitar 15 tahun memperolehi markah sebanyak 422, yang jauh dibawah purata OECD sebanyak 500. Salah satu kemungkinan kepada prestasi kurang memuaskan ini adalah kerana keupayaan pelajar kita menyelesaikan masalah tidak dipupuk diperingkat sekolah arus perdana. Kertas kerja ini akan menyentuh beberapa implikasi daripada keputusan dari PISA, pendekatan pedagogi guru-guru Malaysia dalam pengajaran dan pembelajaran matematik, dan cadangan melaksanakan “lesson study’ untuk menggalakkan pengajaran matematik melalui kaedah penyelesaian masalah. Pada masa yang sama, penilaian berkesan bagi penyelesaian masalah memerlukan lebih daripada sekadar melihat jawapan tetapi memerlukan analisis proses. Oleh itu, di dalam proses menilai penyelesaikan masalah matematik, peranan “penilaian prestasi” akan dikaji - sebagai contoh bagaimana ia boleh dilaksanakan serentak untuk memenuhi keperluan penilaian berasaskan sekolah. Akhir sekali, hasil kajian daripada beberapa kajian keatas penyelesaian masalah dan pendekatan ‘lesson study; akan dibentangkan beserta penyelidikan penyelidik sendiri mengenai ‘lesson study’, penyelesaian masalah dan penilaian prestasi. Kajian penyelidik sendiri akan digunakan sebagai contoh dan perbincangan

Item Type: Conference or Workshop Item (Invited Papers)
Additional Information: 7009/57063
Uncontrolled Keywords: penyelesaian masalah; lesson study; pendidikan matematik, penilaian prestasi.
Subjects: L Education > L Education (General)
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes: Kulliyyah of Education > Department of Curriculum & Instruction
Depositing User: dr Madihah Khalid
Date Deposited: 25 May 2017 15:29
Last Modified: 25 May 2017 15:29
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/57063

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year