IIUM Repository

Penterjemahan leksikal qāla dan derivasinya dalam surah Yusuf: satu bandingan antara terjemahan tafsir fi zilalil quran dan tafsir pimpinan ar-Rahman

Muhammad, Norasmazura and Ismail @ Yaakub, Azani and Che Mat, Azman (2016) Penterjemahan leksikal qāla dan derivasinya dalam surah Yusuf: satu bandingan antara terjemahan tafsir fi zilalil quran dan tafsir pimpinan ar-Rahman. In: Persidangan Antarabangsa Bahasa Arab (PABA 2016), 22nd Oct. 2016, Kuala Lumpur.

[img] PDF - Published Version
Restricted to Repository staff only

Download (1MB) | Request a copy

Abstract

Karya terjemahan al-Quran dewasa ini semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat Malaysia. Hal ini boleh dilihat dengan munculnya lambakan hasil terjemahan al-Quran yang dihasilkan oleh pihak penerbit dengan pelbagai gaya dan konsep untuk menarik pembaca. Terdapat terjemahan berbentuk perkata, terjemahan kontekstual, dan tafsiran yang cenderong ke arah aliran yang pelbagai. Dengan lambakan hasil terjemahan al-Quran ini, timbul persoalan adakah terjemahan yang dilakukan ke atas teks bahasa sumber (Bsu) betul-betul seragam. Iaitu menggunakan teknik dan teori yang sama. Juga, adakah terjemahan yang dilakukan mengikut kefahaman penterjemah semata-mata berdasarkan konteks ayat atau mengambil kamus sebagai rujukan utama. Justeru dalam makalah ini, pengkaji cuba melihat aspek terjemahan tafsir al-Quran bagi merungkai persoalan tersebut dengan menumpukan kepada terjemahan satu leksikal sahaja, iaitu salah satu leksikal yang senantiasa berulang dalam al-Quran, yakni leksikal qāla dan derivasinya. Adakah ia diterjemahkan berdasarkan kefahaman kontekstual ataupun berdasarkan makna literal semata. Dalam kajian ini juga, pengkaji membuat perbandingan antara dua karya terjemahan iaitu tafsir fi Zilalil Quran dan tafsir Pimpinan ar-Rahman bagi melihat adakah terdapat persamaan atau perbezaan dalam menterjemahkan leksikal qāla dan derivasinya dari sudut bentuk terjemahan dan teori yang digunakan oleh penterjemah.

Item Type: Conference or Workshop Item (Plenary Papers)
Additional Information: 3784/54210
Uncontrolled Keywords: Terjemahan, al-Quran, perbandingan, leksikal, teori
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > BP1 Islam > BP100 Sacred books > BP130 Works about the Qurʼān
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > BP1 Islam > BP160 General works on Islam
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Centre for Languages and Pre-University Academic Development (CELPAD) > Quranic Language Division
Depositing User: norasmazura norasma muhammad
Date Deposited: 17 Jan 2017 16:06
Last Modified: 27 Feb 2017 17:28
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/54210

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year