Sulong, Jasni and Mohd Hashim, Intan Hashimah and Ahmad Hatta, Zulkarnain and Abdul Ghani, Noraida and Ramli, Nurulhuda and Mat Saad, Zarina and Abdul Rahman, Shukran and Mohd Mahudin, Nor Diana (2016) Pengaruh pendidikan dan pengalaman jemaah haji ke atas tingkah-laku, emosi, dan pemikiran semasa kesesakan. Jurnal Pembangunan Sosial (Journal of Social Development), 19 (2 (Edisi Khas/Special Issue)). pp. 47-69. ISSN 1394-6528
PDF
- Published Version
Restricted to Repository staff only Download (6MB) | Request a copy |
Abstract
Agama adalah cara hidup, manakala pendidikan pula adalah salah satu cara untuk melalui kehidupan dengan harmoni dan terbaik. Peraturan agama yang terdiri daripada suruhan dan tegahan mempunyai didikan yang tersendiri di ama ia adalah cara membentuk ummah terbaik (wasatan). Begitu juga pendidikan, ia mengajar manusia menjadi warganegara yang bijak dan menghormati orang lain. Sebaliknya, individu yang jauh daripada didikan sama ada agama atau tidak, akan terdorong untuk melakukan perkara yang bertentangan dengan norma masyarakat. Ini kerana kawalan ke atas diri mereka adalah semata-mata kemahuan peribadi dan nafsu, tiada elemen agama atau logik. Ini menjadikan mereka lebih mementingkan diri sendiri, tanpa menghirau hak orang lain. Tingkah laku ini akan lebih menyerlah dalam keadaan sesak seperti ketika menunaikan ibadat haji apabila ramai umat Islam berkumpul serentak dan tertumpu untuk melakukan ibadat yang sama. Suasana sesak dan padat mendorong tingkah laku luar kawal khususnya bagi mereka yang kurang sabar dan kurang integriti dalaman yang kuat. Walaupun perkumpulan adalah untuk melaksanakan ibadat kepada Allah s.w.t., namun tingkah laku yang terhasil kadangkala di luar jangkaan apabila berlakunya tekanan persekitaran seperti orang yang terlalu ramai, cuaca yang panas, masa yang terbatas, kemudahan yang terhad, dan kawasan yang sempit. Justeru, kajian telah dilakukan ke atas para jemaah haji dengan mengkhususkan para jemaah haji dari Malaysia. Kesan psikososial yang dikaji adalah dengan memfokus kepada lima amalan dalam ibadat haji iaitu wuquf, ketika berada di Mina, ketika melontar di jamrah, ketika tawaf, dan saie di Masjidil Haram. Kajian ingin meneliti tahap pendidikan dan pengalaman haji yang mempengaruhi tingkah laku, emosi, dan persepsi mereka ke atas jemaah lain. Sebanyak 408 kertas soal selidik telah diedarkan dalam kalangan jemaah haji yang terpilih dengan pemilihan sample dilakukan secara persampelan mudah. Dapatan kajian menunjukkan tahap pendidikan ada pengaruh pada tingkah laku dan pemikiran yang tertentu, begitu juga dengan pengalaman haji. Bagaimanapun, latar belakang agama tidak mempengaruhi tingkah laku jemaah ketika melalui saat-saat kesesakan semasa menunaikan ibadat haji.
Item Type: | Article (Journal) |
---|---|
Additional Information: | 2032/54172 |
Uncontrolled Keywords: | pengaruh pendidikan, agama, haji, tingkah laku, emosi, kognitif |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology > BF511 Affection. Feeling. Emotion B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology > BF636 Applied psychology B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > BP1 Islam H Social Sciences > H Social Sciences (General) |
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): | Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences > Department of Psychology |
Depositing User: | Nor Diana Mohd Mahudin |
Date Deposited: | 16 Jan 2017 16:20 |
Last Modified: | 16 Jan 2017 16:20 |
URI: | http://irep.iium.edu.my/id/eprint/54172 |
Actions (login required)
View Item |