IIUM Repository (IREP)

Perlukah saya menggunakan alat perancang keluarga ketika menyusu?

Jamani, Nurjasmine Aida (2016) Perlukah saya menggunakan alat perancang keluarga ketika menyusu? The Malaysian Medical Gazette.

[img] PDF - Published Version
Restricted to Repository staff only

Download (1MB) | Request a copy

Abstract

Kebanyakan ibu-ibu umumnya mengetahui antara kebaikan penyusuan susu ibu adalah sebagai pencegah kehamilan secara semulajadi. Ini adalah tepat sekali. Ini disebut dalam istilah perubatan sebagai ‘Lactational Amenorheic Method’ (LAM). Walau bagaimanapun, terdapat tiga (3) syarat utama yang harus dipatuhi sekiranya si ibu ingin menjadikan penyusuan susu ibu sebagai pencegah kehamilan yang efektif. Antara syarat-syarat tersebut adalah: bayi berusia kurang daripada 6 bulan Ibu belum didatangi haid selepas kelahiran Mengamalkan penyusuan secara eksklusif dan kerap pada waktu siang dan malam Jadi, sekiranya si ibu tidak dapat mengikuti syarat-syarat di atas, seperti bayi mereka sudah melebihi 6 bulan, sudah didatangi haid dan tidak dapat menyusu bayi dengan eksklusif dan kerap, maka si ibu haruslah memikirkan cara lain sebagai kaedah merancang keluarga yang lebih berkesan. Ini adalah penting agar kesihatan ibu dari segi fizikal, mental dan emosi terpelihara. Bagaimana kaedah ‘Lactational Amenorheic Method’ (LAM) ini di kalangan wanita bekerja? Adakah ia membantu? Dalam satu kajian di kalangan wanita berkerjaya di mana mereka memerah susu sepenuhnya untuk membekalkan susu kepada bayi, didapati sebanyak 5.2% daripada wanita-wanita ini mengandung dalam tempoh enam bulan. Oleh itu, bagi wanita berkerjaya yang terpisah sementara dengan bayi harus beringat bahawa risiko untuk hamil adalah lebih tinggi.

Item Type: Article (Electronic Media)
Additional Information: 5696/51476
Uncontrolled Keywords: perancang keluarga, menyusu, family planning, breastfeeding
Subjects: R Medicine > R Medicine (General)
R Medicine > RG Gynecology and obstetrics
R Medicine > RJ Pediatrics
R Medicine > RZ Other systems of medicine
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes: Kulliyyah of Medicine > Department of Family Medicine (Effective: 1st January 2011)
Depositing User: SR NUR FARHANA LATFI
Date Deposited: 11 Aug 2016 00:52
Last Modified: 11 Aug 2016 00:52
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/51476

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year