IIUM Repository

Maqasid Al Syariah

Mohamad Yunus, Mohamad Ismail (2011) Maqasid Al Syariah. Module. Open University Malaysia, Kuala Lumpur.

[img]
Preview
PDF - Published Version
Download (842kB) | Preview
Official URL: HTTP://www.oum.edu.my

Abstract

Sesungguhnya ilmu maqasid syariah merupakan satu ilmu yang baru. Walaupun ianya telah lama diaplikasikan namun perbahasan secara terperinci tentang maqasid syariah merupakan sesuatu yang agak terkini. Menurut Hammad al-Obeidi, terdapat pelbagai pendefinisian telah dilontarkan oleh ulama Usul Fiqh tentang istilah maqasid. Ulama klasik tidak pernah mengemukakan definisi yang spesifik terhadap maqasid, malah al-Syatibi yang terkenal sebagai pelopor ilmu maqasid pun tidak pernah memberikan definisi tertentu kepadanya. Namun ini tidak bermakna mereka mengabaikan maqasid syariah di dalam hukum-hukum syarak. Pelbagai tanggapan terhadap maqasid dapat dilihat di dalam karya-karya mereka. Penulis mendapati tanggapan ulama klasik yang pelbagai inilah yang menjadi unsur di dalam definisi-definisi yang dikemukakan oleh ulama mutakhir selepas mereka. Apa yang pasti ialah nilai-nilai maqasid syariah itu terkandung di dalam setiap ijtihad dan hukum-hukum yang dikeluarkan oleh mereka. Ini kerana nilai-nilai maqasid syariah itu sendiri memang telah terkandung di dalam al-Quran dan al-Sunnah. (al-Obeidi, 1401H/ 1992M)

Item Type: Monograph (Module)
Additional Information: 1688/50562 AMSS5203
Subjects: K Law > KBP Islamic Law
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Ahmad Ibrahim Kulliyyah of Laws > Department of Legal Practice
Depositing User: DR MOHAMAD ISMAIL MOHAMAD YUNUS
Date Deposited: 09 May 2016 10:07
Last Modified: 09 May 2016 10:18
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/50562

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year