IIUM Repository (IREP)

Pembangunan dan pembiayaan hartanah wakaf : kekuatan dan kelemahan kaedah semasa dalam konteks Malaysia

Che Embi, Nor Azizan and Ramlee, Roslily (2015) Pembangunan dan pembiayaan hartanah wakaf : kekuatan dan kelemahan kaedah semasa dalam konteks Malaysia. In: 2nd International Conference On Masjid, Zakat And Waqf 2015 (I-MAF2015), 1st -2nd December 2015, Shah Alam Selangor. (Unpublished)

[img] PDF (Schedule)
Restricted to Repository staff only

Download (736kB) | Request a copy
[img] PDF (Abstract )
Restricted to Repository staff only

Download (8kB) | Request a copy

Abstract

Wakaf merupakan kaedah yang dapat memberi manafaat yang berterusan dalam jangka masa panjang. Walau bagaimanapun untuk mengaplikasikan kaedah pembangunan dan pembiayaan hartanah wakaf sedia ada terdapat beberapa faktor yang perlu diperhalusi. Kekuatan serta kelemahan sesuatu model pembangunan perlu diperinci supaya dapat membantu mutawalli sebelum melaksanakan sesuatu projek pembangunan wakaf. Objektif utama kajian ini adalah untuk meneliti beberapa kaedah semasa pembangunan hartanah dan pembiayaan wakaf dengan mengenalpasti kekuatan, kelemahan, peluang serta kekangan yang terdapat dalam model tersebut dari konteks Malaysia. Penggunaan beberapa medium kewangan oleh mutawalli dalam mentadbir dan membangunkan hartanah wakaf sedia ada dikaji secara emprikal Setiap kelebihan dan kekurangan kaedah pembiayaan dikenal pasti untuk penambahbaikan bagi projek projek wakaf yang bakal dilaksanakan pada masa akan datang. Kajian ini mengkhusus kepada beberapa contoh pembangunan hartanah yang telah berjaya dilaksanakan oleh mutawalli iaitu di Malaysia, Singapura dan Arab Saudi. Diantaranya membangunkan beberapa tanah wakaf di Malaysia seperti seperti Wakaf Setee Aishah dan Wakaf Ahmad Dawjee Dadabhoey dengan beberapa inovasi terhadap kaedah pembiayaan untuk hartanah wakaf. Selain itu kajian ini juga mengupas mengenai penggunaan beberapa kaedah pembiayaan menggunakan pembiayaan pasaran modal Islam seperti Sukuk Musyarakah untuk pembangunan tanah wakaf di jalan Bencolleen, Singapura dan Sukuk Intifa' bagi pembangunan menara Zam-Zam di Mekah, Arab Saudi. Berdasarkan pengalaman negara luar seperti Singapura kajian ini mendapati membangunkan hartanah waqf untuk rumah kediaman mengundang banyak masalah dalam jangka masa panjang. Selain itu kajian ini mendapati didalam kaedah pembiayaan sedia ada di Malaysia, ianya mengambil masa yang agak lama untuk mutawalli mendapatkan balik hak mengawal selia dan memaksimumkan manafaat dari hartanah wakaf yang dibangunkan. Walaubagaimanapun kejayaan projek-projek pembangunan wakaf ini tetap dibanggakan kerana kesungguhan mutawalli dalam mentadbir hartanah wakaf ini telah mengoptimumkan manafaat hartanah tersebut. Diharap kajian ini dapat memberi dimensi berbeza yang perlu dipertimbangkan bagi mengoptimumkan manafaat dan kesan jangka panjang.

Item Type: Conference or Workshop Item (Speech/Talk)
Additional Information: 6669/48869
Uncontrolled Keywords: hartanah wakaf, Malaysia
Subjects: H Social Sciences > HG Finance > HG3368 Islamic Banking and Finance
H Social Sciences > HG Finance > HG4001 Financial management. Business finance. Corporation finance.
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes: Kulliyyah of Economics and Management Sciences > Department of Finance
Kulliyyah of Economics and Management Sciences
Depositing User: Dr. Roslily Ramlee
Date Deposited: 04 Apr 2019 08:51
Last Modified: 04 Apr 2019 08:51
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/48869

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year