IIUM Repository

Penubuhan dan bidang kuasa mahkamah muamalat di Malaysia: isu dan cabaran

Hassan, Rusni and Hussain, Mohammad Azam and Yusoff, Adnan (2013) Penubuhan dan bidang kuasa mahkamah muamalat di Malaysia: isu dan cabaran. Kanun- Jurnal Undang-Undang Malaysia, 5. ISSN 0128-2670

[img] PDF - Published Version
Restricted to Repository staff only

Download (664kB) | Request a copy

Abstract

Pelan Induk Sektor Kewangan Malaysia 2001-2010 menyediakan rangka tindakan bagi penubuhan sebuah mahkamah komersil Syariah dalam sistem kehakiman di Malaysia, bagi menangani isu undang-undang yang berkaitan dengan kewangan Islam. Sehubungan dengan itu, Jabatan Kehakiman telah mengambil langkah proaktif dengan menubuhkan satu bahagian khas di bawah Mahkamah Sivil untuk mengendalikan kes berkaitan perbankan dan kewangan Islam. Penubuhan mahkamah khusus ini berdasarkan Arahan Amalan Bil. 1/2003 yang dikeluarkan oleh Ketua Hakim Negara (ketika itu), Dato’ Haidar Mohd Nor. Sejak tahun 2003, kes berkaitan kewangan Islam telah didaftarkan di Mahkamah Tinggi Bahagian Dagang 4. Mahkamah khusus ini yang dikenali sebagai Mahkamah Muamalat mula beroperasi pada Februari 2009 di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Makalah ini membincangkan asas penubuhan, struktur dan fungsi Mahkamah Muamalat tersebut serta mengetengahkan isu dan cabaran yang dihadapi oleh mahkamah ini.

Item Type: Article (Journal)
Additional Information: 1525/47008
Uncontrolled Keywords: Sistem Kewangan Islam, Malaysia, Sistem Mahkamah, Mahkamah Sivil, Mahkamah Muamalat
Subjects: K Law > K Law (General)
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Institute of Islamic Banking & Finance (IIiBF)
Depositing User: Prof Dr Rusni Hassan
Date Deposited: 08 Mar 2016 11:52
Last Modified: 08 Mar 2016 11:52
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/47008

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year