IIUM Repository

Penggunaan tulang haiwan dalam produk penapis air: kajian di Hijrah Water Sdn. Bhd.

Mohd Salleh, Mohd Mahyeddin and Deuraseh, Nurdeng and Ab. Rahman, Suhaimi and Mustafa, Shuhaimi and Mohd Subri, Irwan and Jamaludin, Mohammad Aizat (2015) Penggunaan tulang haiwan dalam produk penapis air: kajian di Hijrah Water Sdn. Bhd. In: Seminar Fiqh Semasa (SeFis) 2015, 10 June 2015, Nilai, Negeri Sembilan.

[img] PDF - Published Version
Restricted to Repository staff only

Download (853kB) | Request a copy

Abstract

Kertas kerja ini membincangkan mengenai isu penggunaan tulang haiwan dalam produk penapis air dan pandangan syarak mengenainya. Umumnya, tulang haiwan adalah antara bahan penting yang digunakan sebagai karbon aktif bagi menapis kotoran air, dan dijadikan bio seramik bagi membekalkan kalsium pada air. Kebanyakan tulang dalam industri diperolehi dari sumber yang haram atau diragui status halalnya. Kajian ini menggunakan kaedah kajian kualitatif berdasarkan pendekatan analisis dokumen dan temubual. Pengkaji memilih syarikat Hijrah Water Sdn. Bhd. sebagai lokasi kajian atas kapasiti syarikat sebagai peneraju penapis air halal di Malaysia. Berdasarkan kajian yang dilakukan, didapati bahawa tulang haiwan adalah bahan yang menjadi pilihan oleh kebanyakan syarikat penapis air kerana mudah diperolehi, disamping harganya yang lebih murah berbanding bahan-bahan lain. Berdasarkan Mazhab Syafie', kaedah istihalah didapati tidak boleh diaplikasikan dalam produk penapis air sekiranya sumber tulang adalah daripada haiwan haram. Namun begitu, sebagai alternatif halal, bahan-bahan daripada sumber semulajadi seperti cengkerang laut, tempurung kelapa dan sisik ikan tilapia boleh menggantikan tulang haiwan yang digunakan dalam industri penapis air.

Item Type: Conference or Workshop Item (Full Paper)
Additional Information: 7344/43705 (eISBN: 978-967-13426-2-6)
Uncontrolled Keywords: water filter, bones, halal, istihalah
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > BP1 Islam > BP100 Sacred books > BP140 Islamic law (Fiqh)
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > BP1 Islam > BP173.2 Sources of Islam
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): International Institute for Halal Research and Training (INHART)
Depositing User: Dr. Mohammad Aizat Jamaludin
Date Deposited: 05 Feb 2016 16:51
Last Modified: 05 Feb 2016 16:51
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/43705

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year