IIUM Repository

Pengaruh kepimpinan pengetua ke atas amalan prinsip-prinsip pengurusan kualiti menyeluruh (TQM)

Kaman, Rosnani and Sin, Ishak and Shaari, Abdull Sukor and Mohd Ali, Hairuddin (2013) Pengaruh kepimpinan pengetua ke atas amalan prinsip-prinsip pengurusan kualiti menyeluruh (TQM). In: Seminar Kebangsaan Kali ke IV: Majlis Dekan Pendidikan IPTA 2013, 23-25 Sept 2013, CAC, IIUM.

[img]
Preview
PDF - Published Version
Download (761kB) | Preview

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pengaruh kepimpinan transformasional ke atas amalan prinsip pengurusan kualiti menyeluruh (TQM) dalam kalangan pemimpin sekolah. Walaupun dapatan kajian lalu menunjukkan kepimpinan transformasional mempunyai pengaruh ke atas amalan prinsip TQM, namun tidak banyak kajian yang mengaitkan antara kepimpinan transformasional dengan amalan prinsip TQM dijalankan dalam alam persekolahan di Malaysia. Kajian tinjauan rentasan ini melibatkan 309 orang guru mata pelajaran di 31 buah sekolah menengah Berprestasi Tinggi (SBT) di Semenanjung Malaysia. Kaedah pensampelan rawak mudah telah diguna pakai. Dua set soal selidik terpiawai digunakan untuk mengumpul data. Instrumen The Principal Leadership Questionnaire (PLQ) yang dibina oleh Jantzi dan Leithwood (1996) digunakan untuk mengukur kepimpinan transformasional pemimpin sekolah dan instrumen Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM) yang dibina oleh Lim (2003) digunakan untuk mengukur amalan prinsip TQM. Dapatan kajian menunjukkan terdapat pengaruh yang signifikan kepimpinan transformasional ke atas amalan prinsip TQM. Keputusan ujian kesepadanan terbaik model (goodness-of-fit) selepas modifikasi menunjukkan model adalah sepadan dengan data. Kesimpulannya, kajian ini telah menyumbang kepada pertambahan ilmu tentang kepimpinan transformasional dan amalan prinsip-prinsip TQM dalam kalangan pemimpin sekolah di Malaysia.

Item Type: Conference or Workshop Item (Full Paper)
Additional Information: 6004/36474
Uncontrolled Keywords: Kepimpinan transformasional, Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM)
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB2801 School administration and organization
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Education
Depositing User: Professor Dr. Hairuddin bin Mohd Ali
Date Deposited: 30 Apr 2014 15:03
Last Modified: 03 Nov 2014 00:25
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/36474

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year