IIUM Repository

Memahami perkembangan dan keperluan remaja: satu pendekatan menangani gejala akhlak dan moral dalam kalangan remaja

Badzis, Mastura (2010) Memahami perkembangan dan keperluan remaja: satu pendekatan menangani gejala akhlak dan moral dalam kalangan remaja. In: Seminar Kemelut Peradaban Remaja Masa Kini: Perspektif Al-Quran dan Al-Sunnah, 28-29 September 2010, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. (Unpublished)

[img] PDF (Memahami perkembangan dan keperluan remaja: satu pendekatan menangani gejala akhlak dan moral dalam kalangan remaja )
Restricted to Registered users only

Download (663kB) | Request a copy
[img] PDF (Memahami perkembangan dan keperluan remaja: satu pendekatan menangani gejala akhlak dan moral dalam kalangan remaja ) - Submitted Version
Restricted to Registered users only

Download (1MB) | Request a copy

Abstract

Modal insan adalah indikator atau petunjuk penting dalam pembangunan sesebuah Negara. Ada negara yang maju tidak memiliki sumber hasil bumi yang banyak dan negara seperti ini bergantung kepada modal insannya untuk membangun negara. Ada juga negara yang kaya dengan sumber asli buminya tetapi kerana lemah pada pembinaan modal insannya, Negara itu tidak dapat melakukan apa-apa pada hasil buminya malah boleh dieksploitasi pula oleh negara yang mempunyai modal insan berkualiti. Pembinaan modal insan memainkan peranan yang penting kerana dalam apa jua misi yang ingin dilaksanakan, pembetukan jati diri dan keutuhan bangsa sesebuah negara perlu diambil kira secara bersungguh-sungguh. Kanak-kanak dan remaja adalah sasaran penting pembangunan modal insan kerana mereka mempunyai potensi yang amat bernilai untuk dibangunkan. Dinamika diri remaja untuk maju ke hadapan adalah sumber penting bagi membentuk zaman dan kemajuan. Mereka adalah aset negara dan pemimpin masa hadapan. Namun krisi moral dan gejala social yang semakin yang menjadi-jadi dewasa ini amat menggusarkan terutamanya di kalangan remaja dan pelajar sekolah. Tanpa ada langkah pembendungan yang konkrit dan pelan tindakan yang bijaksana, Negara akan berhadapan dengan krisi nilai dan akhlak yang boleh menjejaskan kecemerlangan pembangunan manusia dan kecemerlangan pembanguna negara secara berterusan.

Item Type: Conference or Workshop Item (Full Paper)
Additional Information: 2152/31091
Subjects: L Education > L Education (General)
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Education
Depositing User: Farhan Istikarah
Date Deposited: 20 Sep 2013 16:56
Last Modified: 20 Sep 2013 16:56
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/31091

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year