IIUM Repository

Pembelajaran Bahasa Arab peringkat sekolah rendah menerusi "EZ-Arabic": satu pengenalan

Yahaya, Mohd Firdaus and Nasir, Mohd Shahrizal and Sahrir, Muhammad Sabri (2013) Pembelajaran Bahasa Arab peringkat sekolah rendah menerusi "EZ-Arabic": satu pengenalan. In: 4th International Conference on Arabic Language & Literature (ICALL 2013), 15-17 May 2013, CAC IIUM.

This is the latest version of this item.

[img] PDF - Published Version
Restricted to Repository staff only

Download (10MB) | Request a copy

Abstract

Pemanfaatan teknologi dalam pembelajaran merupakan satu fenomena baru yang berlaku dalam dunia pendidikan. Pembelajaran bahasa Arab tidak ketinggalan dalam hal ini menerusi beberapa usaha dan kajian yang dilakukan, selaras dengan kemudahan teknologi yang lebih efektif dan menarik. Bagi tujuan ini, laman sesawang “ezArabic.net “ dibangunkan bagi menyelesaikan beberapa masalah yang menjadi halangan kepada para pelajar dalam usaha menguasai bahasa Arab. Laman sesawang ini dibangunkan dengan tujuan memanfaatkan lambakan bahan-bahan maya (virtual tools) berkaitan pembelajaran bahasa Arab yang terdapat dalam internet dan dikumpulkan dalam “ezArabic.net “. Kertas kerja ini akan menghuraikan beberapa ciri-ciri yang terdapat dalam laman sesawang tersebut, yang dapat membantu para pelajar peringkat sekolah rendah menguasai bahasa Arab. Kesemua bahan-bahan yang termuat dalam laman sesawang disusun secara sistematik dan menarik bagi mewujudkan suasana interaktif antara laman sesawang dan juga para penggunanya yang terdiri daripada pelajar dan juga guru. Kertas kerja ini turut menganalisis beberapa komentar sebagai cadangan penambahbaikan dan penaiktarafan dari segi kandungan, aplikasi multimedia, kebolehgunaan, dan sebagainya. Berdasarkan komen dan cadangan yang diberikan, ternyata laman sesawang “ezArabic.net “ berupaya menyelesaikan beberapa kekangan yang dihadapi oleh para pelajar bahasa Arab peringkat rendah, selain dapat menyemai budaya belajar secara kendiri melalui pemanfaatan laman sesawang ini.

Item Type: Conference or Workshop Item (Full Paper)
Additional Information: 3267/30398
Subjects: P Language and Literature > PJ Semitic > PJ6001 Arabic > PJ6073 Language
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences > Department of Arabic Language and Literature
Depositing User: Dr Muhammad Sabri Sahrir
Date Deposited: 23 Sep 2013 11:20
Last Modified: 07 Oct 2013 12:55
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/30398

Available Versions of this Item

  • Pembelajaran Bahasa Arab peringkat sekolah rendah menerusi "EZ-Arabic": satu pengenalan. (deposited 23 Sep 2013 11:20) [Currently Displayed]

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year