Mamat , Arifin and Mohamad, Shukeri
(2012)
Faqihan dalam membina generasi solat.
In: Wacana Keputeraan Sultan Muhammad V , 10-11 December 2012, Hotel Grand Riverview, Kota Bharu, Kelantan.
Abstract
Solat merupakan salah satu ibadat yang wajib didirikan oleh setiap Muslim. Malah solat adalah merupakan ibadat amali yang pertama diwajibkan ke atas umat Islam. Kepentingan ibadat solat kepada Muslim dapat dilihat melalui beberapa sudut, antaranya penggunaan perkataan aqama yang bererti mendirikan. Begitu juga cara pensyariatannya yang berbentuk secara langsung daripada Allah S.W.T, iaitu semasa peristiwa Isra’ dan Mi’raj. Perintah mendirikan solat juga mempunyai maqasid yang tersendiri. Solat adalah salah satu daripada perintah Allah untuk menjaga perkara al-daruriyyat iaitu menjaga agama dan sebagai tanda kepatuhan kepada perintah Allah. Oleh itu, melaksanakan perintah Allah untuk menjaga agama adalah objektif asal dalam pensyariatan solat. Manakala objektif sampingan ialah untuk mencegah daripada perkara keji dan mungkar. Ia juga sebagai satu aktiviti senaman yang boleh menyihatkan tubuh badan manusia. Justeru, sudah menjadi tanggunggjawab untuk membentuk generasi solat. Generasi tersebut terbentuk melalui lima peringkat utama iaitu peringkat individu, keluarga, masyarakat, organisasi dan pemerintah. Bagi setiap peringkat tersebut disertakan indeks sebagai penanda aras yang bertujuan mengenalpasti tahap pencapaian yang dicapai. Misi membentuk generasi solat ini akan menjadi kenyataan dengan kerjasama semua pihak.
Actions (login required)
|
View Item |