IIUM Repository (IREP)

Peranan Maqasid al-Shariah dalam Fikah Kontemporari: Satu Kajian Terhadap Fatwa Muamalat Yusuf al-Qaradawi

Mamat , Arifin and Mohamad, Abdul Basir (2012) Peranan Maqasid al-Shariah dalam Fikah Kontemporari: Satu Kajian Terhadap Fatwa Muamalat Yusuf al-Qaradawi. In: National Seminar on Contemporary Fiqh: Issues and Challenges, 18-19 December 2012, IIUM, Gombak.

[img]
Preview
PDF (Peranan maqasid ) - Accepted Version
Download (570kB) | Preview

Abstract

MaqÉÎid al-sharÊÑah dan kepentingannya telah dikupas oleh sarjana Islam sejak dahulu lagi. Namun demikian, perbincangan mengenainya telah mendapat perhatian yang meluas sejak akhir-akhir ini, terutama ketika mengupas persoalan tranformasi fikah kontemporari dan kerelevanan hukum Islam berhadapan dengan cabaran semasa. Kajian ini membincangkan peranan maqÉÎid al-sharÊÑah dan pemakaiannya dalam merungkai permasalahan fikah kontemporari terutamanya isu muÑÉmalÉt. Ia bertujuan mengkaji konsep maqÉÎid al-sharÊÑah dan sejauhmanakah aplikasinya dalam mengeluarkan fatwa berkaitan dengan muÑÉmalÉt. Kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan kualitatif dan dibuat dalam bentuk kajian perpustakaan. Pelbagai hasil penulisan yang berkaitan dengan tajuk sama ada bahan silam atau kontemporari telah dikaji. Manakala buku tulisan YËsuf al-QaraÌÉwÊ iaitu ‘Fatwa Masa Kini’ adalah bahan utama yang dibuat analisa berkaitan dengan aplikasi maqÉÎid al-sharÊÑah dalam muÑÉmalÉt. Kajian ini menggunakan kaedah analisis dokumen untuk menafsir dan menganalisa data. Kajian ini mendapati bahawa segala amalan yang diperintahkan oleh syarak adalah berteraskan kepada maqÉÎid al-sharÊÑah iaitu untuk membawa kebaikan kepada manusia dan menghindarkan mereka daripada keburukan. Oleh itu, kefahaman terhadap maqÉÎid al-sharÊÑah adalah sangat penting terutamanya kepada mereka yang terlibat dengan fatwa. Kajian ini juga menunjukkan al-QaraÌÉwÊ menggunakan maqÉÎid al-sharÊÑah semasa mengeluarkan sesuatu fatwa yang berkaitan dengan isu-isu muÑÉmalÉt masa kini. Kajian ini mencadangkan agar pendedahan umum berkaitan dengan konsep maqÉÎid al-sharÊÑah hendaklah dilakukan kepada masyarakat. Disamping itu, pemakaian maqÉÎid al-sharÊÑah oleh al-QaraÌÉwÊ dalam fatwa-fatwa kontemporarinya dalam bidang-bidang lain juga perlu dibuat kajian.

Item Type: Conference or Workshop Item (Full Paper)
Additional Information: 1776/27895
Uncontrolled Keywords: MaqÉÎid al-sharÊÑah, muÉmalÉt, fiqh kontemporari
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > BP1 Islam > BP173.75 Islam and economics
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes: Kulliyyah of Education
Depositing User: Assoc. Prof. Dr. Arifin Mamat
Date Deposited: 27 Dec 2012 13:07
Last Modified: 14 Feb 2013 06:45
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/27895

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year