IIUM Repository

Peranan guru besar, guru, dan, ibubapa mencapai objektif persekolahan sekolah rendah : perspektif ibu bapa

Salleh, Mohamad Johdi and Jamian, Mohd Faesal Mazian and Mastor, Azrina and Yacob, Nor Azura and Mohamad Nagib, Nor Fatihah and Mohd Roslan, Che Norhuda (2012) Peranan guru besar, guru, dan, ibubapa mencapai objektif persekolahan sekolah rendah : perspektif ibu bapa. In: Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan IPTA 2012, 7 - 9 October 2012, Hotel Puteri Pasific, Johor Bahru.

[img] PDF (Peranan guru besar, guru, dan, ibubapa mencapai objektif persekolahan sekolah rendah : Perspektif ibu bapa) - Published Version
Restricted to Registered users only

Download (86kB) | Request a copy

Abstract

Kajian ini bertujuan membincangkan peranan Guru Besar, Guru, dan, Ibu Bapa ke arah mencapai objektif Persekolahan Sekolah Rendah berdasarkan perspektif Ibu Bapa. Kajian dijalankan di negeri Johor, Negeri Sembilan, dan, Melaka. Seramai 223 responden mengandungi 132 orang bapa dan 91 orang ibu telah dipilih secara convenient sampling sebagai responden yang tinggal berhampiran taman perumahan pengkaji-pengkaji. Taklimat ringkas telah diberikan kepada responden mengenai objektif kajian sebelum mereka mengisi borang kaji selidik yang diedarkan. Data respons dianalisis menggunakan perisian Statistical Package For The Social Sciences (SPSS) Version 16.0 dan dibentangkan dalam min. Kajian menunjukkan respons dimensi ’Perkembangan Asas Kendiri Murid’ mendapat skor tertinggi terhadap peranan guru dengan min 4.450, dimensi ‘Pembinaan Minat dan Bakat Murid’ skor tertinggi kepada peranan guru dengan min 4.212, dimensi ‘Persediaan Persekolahan Rendah’ skor tertinggi adalah ke atas peranan guru dengan min 4.374, dimensi ‘Persediaan Persekolahan Menengah’ skor tertinggi kepada peranan guru dengan min 4.374, dimensi ‘Pemahaman Budaya dan Kemahiran Sosial’ skor tertinggi kepada peranan guru dengan min 4.336, dimensi ’Keagamaan dan Moral’ skor tertinggi kepada peranan ibubapa dengan min 4.530, dimensi ‘Persediaan Pekerjaan’ skor tertinggi kepada peranan guru dengan min 4.352, dimensi ‘Sumbangan kepada Masyarakat’ skor tertinggi kepada peranan guru dengan min 4.503. Jelaslah bahawa peranan guru dipandang amat tinggi oleh ibu bapa untuk mencapai objektif persekolahan sekolah rendah. Justeru, dapatan ini diharapkan dapat memberi inspirasi kepada semua pihak yang terlibat dengan memperkasakan kualiti, kecemerlangan, dan, keterampilan komprehensif anak-anak sebagai pendokong dan pemimpin negara akan datang khasnya dalam merealisasikan Wawasan 2020.

Item Type: Conference or Workshop Item (Full Paper)
Additional Information: 777/26877
Uncontrolled Keywords: Guru Besar; Guru-guru; Ibubapa; Objektof Sekolah Rendah
Subjects: L Education > L Education (General)
L Education > LC Special aspects of education > LC65 Social aspects of education
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Education
Depositing User: AP Dr Mohamad Johdi Salleh
Date Deposited: 19 Feb 2013 10:11
Last Modified: 18 Jul 2013 11:04
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/26877

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year