IIUM Repository (IREP)

Kajian terhadap faktor-faktor mempengaruhi pencapaian pelajar dalam penilaian menengah rendah di Sabah

Salleh, Mohamad Johdi (2012) Kajian terhadap faktor-faktor mempengaruhi pencapaian pelajar dalam penilaian menengah rendah di Sabah. In: Labuan International Conference on Educational Research, 5-7 July 2012, WP Labuan Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF - Presentation
Download (60kB) | Preview

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi kecemerlangan akademik dan masalah yang dihadapi untuk mencapai kecemerlangan akademik dalam kalangan pelajar Penilaian Menengah Rendah (PMR). Sampel kajian ini melibatkan 200 orang pelajar Tingkatan 4 dan 5 di SMK Lohan Ranau Sabah (SMKL) dan SMK Tun Fuad Tamparuli Sabah (SMKTF) sebagai responden. Kajian ini berbentuk deskriptif dengan menggunakan soal selidik mengikut skala likert 5 point. Penyelidik telah menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Satu soal selidik yang mengandungi dua bahagian soalan telah diedarkan kepada responden secara rawak. Manakala data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan “Statistical Packages For Social Sciences”(SPSS) versi 17.0. Hasil dari penganalisisan data ini diterangkan dalam bentuk kekerapan, peratusan dan min. Dapatan kajian menunjukkan bahawa domain kendiri, guru, ibubapa, dan rakan banyak mempengaruhi strategi dan gaya pembelajaran pelajar yang mendorong kepada pencapaian PMR.

Item Type: Conference or Workshop Item (Full Paper)
Additional Information: 777/26876
Subjects: L Education > L Education (General)
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes: Kulliyyah of Education
Depositing User: AP Dr Mohamad Johdi Salleh
Date Deposited: 24 Dec 2012 18:30
Last Modified: 24 Dec 2012 18:30
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/26876

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year