IIUM Repository

Perancangan strategik sekolah

Mohd Ali, Hairuddin and Abdul Manaf, Muhammad Bustamam, eds. (2009) Perancangan strategik sekolah. PTS Professional Publishing Sdn. Bhd., Batu Caves, Selangor. ISBN 978-967-5226-21-2

[img]
Preview
PDF - Published Version
Download (310kB) | Preview

Abstract

Buku ini memberi fokus utama pada cara untuk menterjemahkan atau menghubungkan hala tuju institusi kepada strategi dan pelan operasi secara sistematik dan praktikal. Kandungannya menyediakan contoh yang jelas bagi membina Petunjuk Prestasi Utama (Key Performance Indicators, KPI), khususnya dalam pengurusan strategik institusi pendidikan awam seperti sekolah. Malah, pelan strategik pembangunan sekolah dihuraikan dengan jelas supaya dapat menjadi asas untuk menyediakan kertas atau dokumen penting seperti permintaan untuk cadangan (Request For Proposal - RFP) atau permintaan untuk cadangan perancangan (Request For Planning Proposal ). Antara pernyataan matlamat strategik yang dibincangkan dalam buku ini adalah : * Membangunkan modal insan kelas pertama. * Merapatkan jurang pendidikan antara sekolah di bandar dengan di luar bandar. * Meningkatkan pencapaian akademik pelajar, membentuk pelajar bersahsiah tinggi. * Memperkukuh jalinan hubungan kerjasama antara pihak sekolah dengan komuniti. * Memastikan akauntabiliti terhadap pengurusan kewangan dilaksanakan dengan cekap dan berkesan. Hairuddin Mohd. Ali adalah seorang pensyarah dalam bidang Kepimpinan dan Pengurusan Pendidikan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Manakala, Muhammad Bustaman Abdul Manaf adalah pensyarah di Institut Aminuddin Baki, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Item Type: Book
Additional Information: 6004/26239 - Call no. LB2965 M4 H153P 2009
Uncontrolled Keywords: perancangan strategik sekolah
Subjects: L Education > L Education (General)
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Education
Kulliyyah of Education > Department of Social Foundations & Educational Leadership
Depositing User: Professor Dr. Hairuddin bin Mohd Ali
Date Deposited: 22 Nov 2012 13:34
Last Modified: 18 Dec 2018 09:38
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/26239

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year