IIUM Repository

Belia tidak berpersatuan: laporan kajian

Syed Abdullah Idid, Syed Arabi and Nordin, Mohamad Sahari and Ismail, Nik Ahmad Hisham (2007) Belia tidak berpersatuan: laporan kajian. IIUM Press, Kuala Lumpur. ISBN 9789834229207

[img]
Preview
PDF
Download (377kB) | Preview

Abstract

PENGENALAN Seperti yang kita sedia maklum, kerajaan Malaysia amat menghargai peranan dan sumbangan belia di dalam arus pembangunan negara. Sesungguhnya golongan belia merupakan aset yang terpenting kepada Negara dan mereka inilah yang akan terus menerajui pembangunan negara di masa yang akan datang. Justeru itu, ia amat bersesuaian dengan maksud perkataan “belia” itu sendiri yang membawa kepada pengertian golongan lelaki dan perempuan yang berumur di dalam lingkungan 15 hingga 40 tahun. Secara umumnya, belia merupakan golongan yang senantiasa aktif dan penuh dengan idea-idea yang baru dan inilah yang diperlukan oleh negara untuk mencapai apa yang direalisasikan selama ini. Oleh itu, amat penting bagi kerajaan untuk membentuk dan melatih mereka untuk menjadi pewaris negara bagi membolehkan mereka berkebolehan, berkemampuan serta memberi sumbangan kepada negara. Mereka inilah yang akan menjadi pemangkin untuk pembangunan negara dan seterusnya akan merealisasikan harapan negara. Untuk merealisasikan hasrat yang murni itu, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) ditugaskan untuk membentuk dan melatih mereka ini dari segi fizikal mahupun mental. OBJEKTIF KAJIAN •untuk mengkaji belia di Malaysia yang menyertai persatuan. •untuk mengkaji belia di Malaysia yang tidak menyertai persatuan dan mencari sebab kenapa mereka tidak menyertai persatuan. •untuk mengkaji masalah yang dihadapi oleh golongan belia dan kehidupan sosial mereka.

Item Type: Book
Additional Information: 3279/257 (fp HV1441M4S982B 2007)
Uncontrolled Keywords: social work with youth-Malaysia, youth volunteers in service-Malaysia, community organization in Malaysia, youth, societies and club
Subjects: H Social Sciences > HV Social pathology. Social and public welfare
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Education
Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences
Depositing User: PROF SAHARI NORDIN
Date Deposited: 26 May 2011 08:59
Last Modified: 07 Jun 2021 12:37
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/257

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year