Sujimon, Md. Som, ed.
(2009)
Kes-kes kehakiman berkaitan jenayah hudud, qisas dan kekeluargaan di zaman al-Khulafa' al-Rashidin.
IIUM Press, Kuala Lumpur.
ISBN 9789833855827
Abstract
Buku ini menerangkan kes-kes yang berlaku di zaman pemerintahan lima al-Khulafa’ al-Rashidin yang jarang diketahui umum. Buku ini memetik kes-kes kehakiman dalam dua isu besar dalam kehidupan masyarakat: Pertama, isu berkaitan dengan kes-kes jenayah seperti qisas, diyah dan ta'zir yang berlaku di zaman pemerintahan al-Khulafa’ al-Rashidin yang lima iaitu Khalifah Abu Bakr, Khalifah 'Umar, Khalifah 'Uthman, Khalifah Ali dan Khalifah 'Umar b. 'Abd al-Aziz. Kesemua al-Khulafa’ al-Rashidin yang lima itu telah membuat keputusan dan kehakiman sebagai yang telah direkodkan didalam sejarah Islam. Kedua, isu-isu berkaitan dengan masalah dibangkitkan dalam kehakiman mereka. Hal-hal berkenaan kekeluargaan juga diulas dan dianalisa.
Tujuan buku ini diterbitkan adalah sebagai tatapan para pembaca yang meminati bidang undang-undang Islam, khususnya undang-undang jenayah dan keluarga tetapi tidak mampu memahami karangan asal dalam bahasa Arab. Buku ini juga sesuai dibaca oleh orang-orang dewasa yang ingin mendalami asas undang-undang jenayah dan undang-undang keluarga Islam. Selain daripada orang dewasa, buku ini amat sesuai dibaca oleh para pelajar bidang Shari'ah dan mereka yang meminati bidang undang-undang jenayah dan keluarga Islam.
Actions (login required)
|
View Item |