IIUM Repository

Persepsi guru-guru Mara terhadap faktor-faktor mempengaruhi disiplin pelajar-pelajar institusi pengajian Mara Malaysia.

Salleh, Mohamad Johdi (2011) Persepsi guru-guru Mara terhadap faktor-faktor mempengaruhi disiplin pelajar-pelajar institusi pengajian Mara Malaysia. In: National Seminar on Counseling Across Culture PEKEMA 2011, 24 - 25 Julai 2011, Universiti Malaysia Sarawak.

[img] PDF (persepsi guru mara) - Published Version
Restricted to Repository staff only

Download (87kB) | Request a copy

Abstract

Kajian ini membincangkan persepsi guru-guru MARA terhadap faktor-faktor yang mempengaruhi disiplin pelajar-pelajar pelbagai institusi pengajian MARA (IPMa) di Malaysia. Di antara faktor-faktor yang dianalisis ialah sikap pelajar, rakan sebaya, keluarga, suasana sekolah, guru, dan, persekitaran. Seramai 150 orang guru terlibat sebagai sampel kajian terdiri daripada pelbagai gender, peringkat umur, pengalaman mengajar, kaum, dan, institusi pengajian MARA seluruh Malaysia yang dipilih secara rawak. Sampel kajian merupakan sebahagian guru-guru pelbagai institusi pengajian MARA yang sedang mengikuti Program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Gombak. Data kajian dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 15.0 yang dipaparkan dalam kekerapan respons, peratusan, dan, min. Dapatan menunjukkan konstruk bagi guru mempunyai nilai min tertinggi iaitu 3.77 dan paling rendah ialah konstruk sikap pelajar dengan nilai min 3.31. Adalah diharapkan hasil kajian ini akan memberi inspirasi kepada pelbagai kategori pegawai, pendidik, ibu-bapa, dan, warga institusi pengajian MARA seluruh negara demi memperkasakan generasi pewaris kepimpinan dan modal insan kelas pertama ke arah merealisasikan Wawasan 2020 dan visi 1Malaysia.

Item Type: Conference or Workshop Item (Full Paper)
Additional Information: 5357/15044
Subjects: L Education > L Education (General)
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Education
Depositing User: AP Dr Mohamad Johdi Salleh
Date Deposited: 08 Feb 2012 13:05
Last Modified: 08 Feb 2012 13:06
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/15044

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year