IIUM Repository

Keberkesanan penggunaan CD-atlas elektronik dalam meningkatkan prestasi dan minat pelajar dalam mata pelajaran geografi

Mohamad, Baharom and Ambotang, Abdul Said and Abdullah, Mohd Yusof and Salleh, Mohamad Johdi (2011) Keberkesanan penggunaan CD-atlas elektronik dalam meningkatkan prestasi dan minat pelajar dalam mata pelajaran geografi. In: National Seminar on History and Geography Education, 13 - 14 July 2011, Kota Kinabalu, University Malaysia Sabah.

[img]
Preview
PDF (Keberkesanan penggunaan CD-Atlas Elektronik dalam meningkatkan prestasi dan minat pelajar dalam mata pelajaran geografi) - Published Version
Download (24kB) | Preview
[img] PDF
Restricted to Repository staff only

Download (68kB) | Request a copy

Abstract

Kajian ini bertujuan meninjau keberkesanan pengajaran dan pembelajaran topik Bentuk Muka Bumi dan Potensinya dalam Mata Pelajaran Geografi Tingkatan Satu.Kajian ini turut meninjau penggunaan CD-Atlas Elektronik dalam mata pelajaran Geografi.dan hubungan antara minat pelajar terhadap pencapaian pelajaran geografi. Kajian ini menggunakan kuasi eksperimen.Sampel kajian adalah terdiri daripada 60 orang pelajar yang dipilih daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Benoni, Papar. Sampel kajian dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan yang masing-masing terdiri daripada 30 orang pelajar. Kumpulan rawatan didedahkan dengan penggunaan CD-Atlas Elektronik semasa proses pengajaran dan pembelajaran, manakala kumpulan kawalan menggunakan kaedah tradisional. Ujian pra, ujian pasca dan soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian.Dapatan kajian dianalisis dengan ujian-t dan statistik deskriptif.Kajian mendapati bahawa penggunaan CD-Atlas Elektronik dapat menarik minat pelajar terhadap mata pelajaran Geografi.Statistik skor min menunjukkan minat pelajar berada pada tahap tinggi. Hipotesis nul pertama yang menyatakan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara skor ujian pra ujian pasca dalam kumpulan rawatan adalah ditolak.Analisis ujian-t menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan (p<0.05).Statistik skor min menunjukkan hubungan yang positif antara minat dan prestasi penggunaan CD-Atlas Elektronik dalam mata pelajaran Geografi. Dengan hal yang demikian hipotesis nul kedua juga ditolak.

Item Type: Conference or Workshop Item (Full Paper)
Additional Information: 777/15040
Uncontrolled Keywords: Keberkesanan, CD-Atlas, Elektronik, Geografi
Subjects: L Education > L Education (General)
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Education
Depositing User: AP Dr Mohamad Johdi Salleh
Date Deposited: 02 Apr 2013 16:59
Last Modified: 05 Dec 2014 11:48
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/15040

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year