IIUM Repository

Satus sosio ekonomi dan komitmen ibu bapa terhadap pencapaian pelajar dalam Penilaian Menengah Rendah, Malaysia

Salleh, Mohamad Johdi and Hashim, Che Noraini and Hassanaen, Ismael and Dawi, Amir Hasan (2009) Satus sosio ekonomi dan komitmen ibu bapa terhadap pencapaian pelajar dalam Penilaian Menengah Rendah, Malaysia. In: 14th International Conference on Education (ICE 2009), 21 - 24 May 2009, University Brunei Darussalam.

[img]
Preview
PDF (Satus sosio ekonomi dan komitmen ibu bapa terhadap pencapaian pelajar dalam Penilaian Menengah Rendah Malaysia) - Published Version
Download (123kB) | Preview

Abstract

Kajian ini membincangkan tentang status sosio ekonomi (SSE) serta komitmen ibu bapa terhadap pencapaian pelajar dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR), Malaysia. Di antara objektif-objektifnya ialah mengenalpasti perbezaan prestasi akademik pelajar SSE tinggi, SSE pertengahan dan SSE rendah; meneroka faktor-faktor berlakunya perbezaan prestasi akademik di antara pelajar-pelajar daripada golongan-golongan kelas sosial di atas; mengenalpasti pengaruh atau komitmen ibu bapa terhadap prestasi anak-anak mereka dalam peperiksaan; dan, mengetahui komitmen ibu bapa daripada golongan SSE tinggi, pertengahan dan rendah dalam membantu mencapai kejayaan. Kajian ini dijalankan di beberapa buah sekolah di Selangor, Malaysia, melibatkan pelajar-pelajar Tingkatan Empat terdiri daripada kelas cemerlang, kelas sederhana, dan kelas paling rendah pencapaian PMR mereka. Penyelidik turut menemubual beberapa orang guru untuk menjelaskan persoalan berkaitan kajian. Kajian ini menggunakan kaedah soal selidik, temu bual, dan penelitian dokumentasi. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kesungguhan usaha dan ketinggian komitmen telah terbukti menghasilkan perubahan dan kejayaan kedudukan iaitu bukan semua pelajar dari golongan SSE rendah akan menghadapi kegagalan. Pengalaman membesar dalam kemiskinan telah menjadikan mereka seorang dewasa berketerampilan, tinggi jati diri, jitu pendirian, sakhsiah berkualiti, lantas berperanan positifkonstruktif dalam keluarga, masyarakat, dan negara, bahkan sebahagian telah terserlah ke tahap persada dunia. Anjakan ini amat berkait-rapat dengan sikap guru-guru, ibu bapa dan masyarakat sekeliling yang mendorong khasnya pelajar-pelajar dengan cara memahami, menyayangi, dan menghargai kesungguhan mereka untuk berjaya di dalam pelajaran. Sesungguhnya paradigma ini boleh direalisasikan dengan ikhtiar dan tawakkal sebagai manusia ciptaan Allah SWT yang Maha Pemurah dan Penyayang.

Item Type: Conference or Workshop Item (Full Paper)
Additional Information: 777/13004
Subjects: H Social Sciences > HN Social history and conditions. Social problems. Social reform
L Education > L Education (General)
L Education > LB Theory and practice of education > LB1603 Secondary Education. High schools
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Education
Depositing User: AP Dr Mohamad Johdi Salleh
Date Deposited: 12 Feb 2012 10:13
Last Modified: 15 Feb 2012 09:29
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/13004

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year