IIUM Repository

Amalan terbaik pengurusan koleksi perundangan di Perpustakaan M. Kamal Hassan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

Tuan Ameri, Tuan Safa'at and Mohd Akhiar, Rosmawati (2025) Amalan terbaik pengurusan koleksi perundangan di Perpustakaan M. Kamal Hassan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). In: Seminar Transformasi Kepustakawanan (STK) 2025, 2025, Ipoh, Perak, Malaysia.

[img] PDF (Full Paper) - Published Version
Restricted to Registered users only

Download (7MB) | Request a copy

Abstract

Koleksi perundangan merupakan koleksi yang unik yang harus diurus dengan teliti dan sistematik kerana kandungannya yang khusus, kompleks dan sentiasa berubah mengikut perkembangan undang-undang semasa. Kertas kerja ini membincangkan amalan terbaik dalam pengurusan koleksi perundangan di Perpustakaan M. Kamal Hassan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), dengan memberi tumpuan kepada enam (6) aspek utama: perolehan bahan, pengkatalogan, tadbir urus dan penyusunan koleksi, akses maklumat, penyelenggaraan, serta pemeliharaan bahan. Bahan perundangan yang diperoleh secara pembelian atau sumbangan dikatalog menggunakan sistem KOHA berasaskan standard Resource Description and Access (RDA), dan disusun mengikut klasifikasi nilai utama dan sekunder. Dua (2) instrumen dibangunkan bagi memudahkan pencarian dan lokasi bahan: Online Public Access Catalog (OPAC) dan Smart Siddiq Directory. Penyelenggaraan dan pemeliharaan koleksi turut dilaksanakan melalui pembaikan buku, penggunaan mesin penyahlembapan (dehumidifier), serta pemantauan ancaman seperti kulat dan pepijat buku (silverfish). Kaedah kualitatif digunakan melalui pemerhatian lapangan dan dokumentasi dalaman. Selain itu, perkongsian amalan ini membuktikan bahawa pendekatan berstruktur dan pengurusan koleksi perundangan yang sistematik mampu meningkatkan ketercapaian maklumat dan jangka hayat koleksi, serta mengukuhkan fungsi perpustakaan sebagai pusat rujukan ilmu yang diyakini. Justeru, pendekatan ini juga menjadi asas kukuh bagi inisiatif pendigitalan koleksi perundangan secara berfasa pada masa hadapan, demi kelestarian maklumat.

Item Type: Proceeding Paper (Plenary Papers)
Additional Information: 9067/127059
Uncontrolled Keywords: Amalan Terbaik, Pengurusan Perpustakaan, Koleksi Undang-Undang, Resource Description and Access (RDA), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
Subjects: Z Bibliography. Library Science. Information Resources > Z665 Library Science. Information Science
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): IIUM Library
Depositing User: Mrs Tuan Safa'at Tuan Ameri
Date Deposited: 29 Jan 2026 09:35
Last Modified: 01 Feb 2026 10:30
Queue Number: 2026-01-Q1826
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/127059

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year