IIUM Repository

STRATEGI EUFEMISME SEBAGAI PENGUNGKAPAN IDEOLOGI DALAM PERDEBATAN

Azman, Ummi Khalilah and Saimon, Aminnudin (2025) STRATEGI EUFEMISME SEBAGAI PENGUNGKAPAN IDEOLOGI DALAM PERDEBATAN. Gendang Alam, 2 (15). pp. 260-282.

[img]
Preview
PDF
Download (429kB) | Preview

Abstract

Eufemisme merupakan bentuk bahasa halus yang menitikberatkan kesopanan, kelembutan, serta penggunaan kiasan dalam ujaran bagi memelihara keharmonian komunikasi. Penelitian terhadap eufemisme dalam pengucapan amat penting, khususnya dalam konteks komunikasi yang melibatkan khalayak ramai, kerana ia berperanan mengurangkan potensi konflik, salah faham, atau penolakan terhadap sesuatu mesej. Keupayaan penutur mengaplikasikan strategi eufemisme dalam menyampaikan ideologi bukan sahaja menjamin kejelasan maklumat, tetapi juga meningkatkan tahap penerimaan audiens serta memperkukuh keberkesanan idea yang ingin diketengahkan. Dalam konteks arena perdebatan, strategi eufemisme menjadi keperluan utama kerana ia membolehkan pendebat mengemukakan hujah dengan lebih berhemah, tanpa menjejaskan kekuatan ideologi yang ingin disampaikan. Justeru, kajian ini dijalankan dengan tujuan menganalisis strategi eufemisme sebagai mekanisme pengungkapan ideologi dalam wacana debat, berpandukan Prinsip Kerjasama Grice (1975). Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan kaedah analisis kandungan teks, berfokus kepada Pertandingan Debat Piala Diraja Peringkat Akhir 2023. Kaedah ini dipilih kerana setiap ujaran yang dilontarkan oleh pihak kerajaan mahupun pembangkang dapat diperincikan dari segi kandungan eufemisme serta diteliti kesesuaiannya dengan maksim Prinsip Kerjasama Grice (1975). Hasil dapatan menunjukkan bahawa strategi eufemisme merupakan teknik linguistik yang signifikan dalam perdebatan, kerana eufemisme berfungsi sebagai medium untuk menyampaikan ideologi kepada masyarakat secara berkesan. Teknik ini turut membantu penutur menyalurkan hujah dengan mengekalkan kesopanan, menjaga sensitiviti audiens, serta menyerlahkan nilai kehalusan berbahasa. Secara keseluruhannya, dapatan ini mengesahkan bahawa eufemisme bukan sahaja memperkukuh keberkesanan komunikasi, tetapi juga memperlihatkan kepatuhan penutur terhadap norma sosial dan prinsip kesantunan bahasa.

Item Type: Article (Journal)
Uncontrolled Keywords: Eufemisme, ideologi, debat, prinsip kerjasama dan ungkapan.
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
P Language and Literature > P Philology. Linguistics
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Sustainable Tourism and Contemporary Languages
Depositing User: Dr Aminnudin Saimon
Date Deposited: 30 Dec 2025 13:44
Last Modified: 30 Dec 2025 13:44
Queue Number: 2025-12-Q1481
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/126629

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year