IIUM Repository

KIT-DIDIK INTERAKTIF SEBAGAI PEMANGKIN TRANSFORMASI PENGAJARAN PENJODOH BILANGAN

Idrus, Azean Idruwani and Mohamad Noor, Fatin Nadhirah and Zaini, Nur Erizsha Ezlin and Mohamad Aznool Haidy, Nur Ameera Nafisah and Muhammat, Nurazlina and UNSPECIFIED (2025) KIT-DIDIK INTERAKTIF SEBAGAI PEMANGKIN TRANSFORMASI PENGAJARAN PENJODOH BILANGAN. International Journal of Contemporary Education, Religious Studies and Humanities (JCERAH), 5 (2). pp. 46-63. E-ISSN 2805-5640

[img]
Preview
PDF
Download (345kB) | Preview

Abstract

Kajian ini bertujuan menganalisis keberkesanan penggunaan aplikasi Powtoon dan Educaplay sebagai medium pembelajaran interaktif dalam meningkatkan penguasaan penjodoh bilangan dalam kalangan murid Tahun 3. Reka bentuk kajian mengaplikasikan pendekatan kaedah campuran (mixed-methods approach), dengan pengumpulan data kuantitatif dan kualitatif bagi memperoleh gambaran komprehensif tentang kesan intervensi. Data kuantitatif diperoleh melalui aktiviti jaringan lelabah dan latihan penulisan, manakala data kualitatif dikumpulkan melalui temu bual separa berstruktur. Dapatan kajian menunjukkan terdapat peningkatan yang signifikan dari segi pemahaman dan penggunaan penjodoh bilangan oleh murid selepas intervensi. Aplikasi Powtoon berperanan sebagai alat penyampaian konsep berasaskan prinsip Teori Kognitif Pembelajaran Multimedia, manakala Educaplay digunakan untuk menguji dan mengukuhkan kefahaman melalui aktiviti interaktif berasaskan permainan (game-based learning). Kesimpulannya, integrasi teknologi multimedia interaktif berupaya menjadikan proses pembelajaran lebih menarik, relevan, dan berkesan dalam meningkatkan penguasaan bahasa. Kajian ini mencadangkan penyelidikan lanjutan dengan saiz sampel yang lebih besar serta penerapan teknologi pendidikan baharu, seperti realiti terimbuh (augmented reality) dan pembelajaran adaptif berasaskan kecerdasan buatan, bagi memperkukuh kualiti pengajaran Bahasa Melayu di pelbagai konteks pendidikan.

Item Type: Article (Journal)
Uncontrolled Keywords: Penjodoh Bilangan, Aplikasi Digital, Powtoon, Educaplay, Pembelajaran Interaktif.
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Sustainable Tourism and Contemporary Languages
Depositing User: Dr. Azean Idruwani Idrus
Date Deposited: 29 Dec 2025 10:16
Last Modified: 29 Dec 2025 10:16
Queue Number: 2025-12-Q1385
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/126533

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year