Ahmad, Siti Yuliandi and Azhar, Ezni Nazzira and Nur Ajera Najiha, Rosli and Normarshitah, Norshahidy
(2025)
Tingkah Laku Pembelian Mahasiswa Institusi Pengajian Tinggi dalam Jualan Secara Langsung di Aplikasi Tiktok.
Jurnal Pengguna Malaysia, Jilid 1 Volume 41 (1).
pp. 1-21.
E-ISSN 3030-5799
Abstract
Perdagangan jualan langsung di TikTok Live semakin berkembang sebagai strategi pemasaran digital yang berkesan, namun pemahaman mengenai faktor yang
mempengaruhi keputusan pembelian mahasiswa masih terbatas. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis bagaimana gaya komunikasi penjual, pengaruh trend semasa,
dan situasi kewangan membentuk tingkah laku pembelian mahasiswa dalam platform ini. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif, dimana kaedah temu bual separa
berstruktur dijalankan terhadap lima orang informan Generasi Z dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Pagoh, yang dipilih secara rawak kluster. Data dianalisis menggunakan kaedah tematik, berpandukan kerangka teori Stimulus-
Organism-Response (S-O-R) bagi meneliti bagaimana komunikasi dalam jualan langsung (stimulus) mempengaruhi pemikiran dan emosi mahasiswa (organism), yang seterusnya mendorong keputusan pembelian (response). Data yang diperoleh penyelidik dianalisis menggunakan aplikasi Atlas.ti. Hasil kajian menunjukkan bahawa gaya komunikasi penjual memainkan peranan utama dalam menarik minat
pembeli, di mana penggunaan retorik persuasif dan interaksi langsung meningkatkan kepercayaan terhadap produk yang dipromosikan. Selain itu, trend semasa dalam
pasaran digital mendorong pembelian impulsif, dengan Generasi Z cenderung membuat keputusan berdasarkan fenomena viral dan pengaruh rakan sebaya dalam
talian. Walau bagaimanapun, situasi kewangan mahasiswa bertindak sebagai faktor pengawalan, di mana kekangan bajet menghadkan jumlah dan kekerapan pembelian
mereka. Implikasi kajian ini menunjukkan bahawa komunikasi strategik dan keupayaan penjual dalam membina hubungan interaktif secara langsung dapat meningkatkan keberkesanan jualan dalam persekitaran perdagangan sosial. Kajian
ini juga menyumbang kepada literatur pemasaran digital dengan memberikan pemahaman yang lebih mendalam mengenai psikologi pengguna dalam ekosistem edagang
interaktif. Secara keseluruhan, dapatan ini dapat membantu pemasar merangka strategi komunikasi yang lebih efektif untuk menarik pelanggan muda dalam era digital yang semakin kompetitif.
Actions (login required)
 |
View Item |