IIUM Repository

PRAGMATIK DAN WACANA

Johari, Arina (2025) PRAGMATIK DAN WACANA. KSTCL Press, KSTCL, IIUM PAGOH, MUAR, JOHOR. ISBN 978-967-2771-38-8

[img]
Preview
PDF - Published Version
Download (1MB) | Preview

Abstract

Buku ini mengangkat dua cabang penting dalam linguistik, iaitu pragmatik dan analisis wacana, sebagai instrumen ilmiah untuk memahami fungsi bahasa yang bukan sekadar sebagai sistem, tetapi amalan sosial yang sarat makna, nilai dan kuasa. Isi kandungannya dirangka dengan teliti untuk membantu para pembaca menelusuri makna-makna tersirat dalam komunikasi manusia; sama ada dalam bentuk lisan mahupun tulisan. Susunan buku ini menggunakan pendekatan bertahap dengan menghimpunkan teori klasik dan kontemporari dalam bidang pragmatik dan wacana. Model-model pragmatik dan wacana oleh para sarjana Barat dan tempatan yang terkemuka seperti Austin, Searle, Grice, Leech, Sperber & Wilson, Brown & Levinson, Asmah Omar, Awang Sariyan, Fairclough, Teun A. van Dijk, Halliday & Hassan, ldris Aman dan lain-lain telah dikupas dan dibincangkan secara komprehensif. Antara subtopik dalam buku ini termasuklah lakuan tutur, implikatur, inferensi, praandaian, kesantunan, analisis perbualan, tetenunan wacana, analisis wacana kritis dan lain-lain. Selain isi kandungan ilmu yang padat, buku ini juga dilengkapi contoh-contoh ujaran pelbagai konteks dikuti latihan aplikasi pada setiap bab untuk mengukuhkan pemahaman khalayak pembaca tentang ilmu pragmatik dan wacana. Buku ini sangat sesuai untuk pelajar universiti dalam bidang linguistik, komunikasi, pengajian bahasa, pendidikan, serta pensyarah dan penyelidik yang ingin meneroka bahasa dalam dimensi yang lebih mendalam dan praktikal.

Item Type: Book
Uncontrolled Keywords: Pragmatik, wacana, kesantunan berbahasa, lakuan tutur, deiksis dan implikatur
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
L Education > L Education (General)
P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania > PL5101 Malay
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Sustainable Tourism and Contemporary Languages
Depositing User: DR. ARINA JOHARI
Date Deposited: 10 Dec 2025 12:50
Last Modified: 10 Dec 2025 12:50
Queue Number: 2025-12-Q662
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/125402

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year