Ahmad, Siti Yuliandi and Ahmad, Siti Yuliandi and Zakari, Nurul Fardini (2025) Analisis Data Kajian Bahasa Untuk Komunikasi Antarabangsa. KSTCL Press, KSTCL Press. ISBN ISBN 978-967-2771-34-0
|
PDF
- Published Version
Restricted to Repository staff only Download (20MB) |
|
|
PDF
Download (109MB) |
|
|
PDF
Download (760kB) |
|
|
PDF
Download (735kB) |
Abstract
Buku Analisis Data Kajian Bahasa Melayu Untuk Komunikasi Antarabangsa ditulis sebagai panduan asas untuk pelajar universiti yang baru berkenalan dengan analisis data pendekatan kuantitatif menggunakan perisian IBM SPSS. Fokus utama buku ini adalah untuk memberikan penerangan yang mudah, praktikal, dan mesra pengguna, agar pelajar daripada bidang bukan statistik seperti bahasa, komunikasi, pendidikan, atau sains sosial dapat memahami asas penggunaan SPSS dengan jelas dan yakin. Buku ini dimulakan dengan sejarah perkembangan SPSS sejak diperkenalkan pada tahun 1968 oleh Norman H. Nie, C. Hadlai Hull, dan Dale H. Bent, kemudian melalui fasa penjenamaan semula kepada PASW Statistics (Predictive Analytics Software) pada tahun 2009, sebelum diambil alih oleh IBM Corporation dengan nilai lebih daripada 1 bilion dolar Amerika dan secara rasmi dikenali sebagai IBM SPSS Statistics. Selanjutnya, buku ini memberi tumpuan kepada tiga antaramuka utama dalam SPSS iaitu Variable View, Data View, dan Output Viewer, yang merupakan asas penting dalam pengurusan dan analisis data. Penerangan mengenai cara memasukkan data, sama ada secara manual mahupun dengan mengimport daripada Excel, serta teknik membersihkan data daripada kesilapan, nilai hilang, atau data berganda turut dimasukkan bagi memastikan kualiti analisis yang dijalankan. Selain itu, contoh kajian kes yang dekat dengan dunia pelajar bahasa dan latihan dalam bentuk soalan objektif serta soalan jawapan pendek turut disediakan untuk mengukuhkan kefahaman. Secara keseluruhan, buku ini diharapkan dapat menjadi rujukan asas yang bermanfaat, membantu pelajar membina keyakinan dalam penggunaan SPSS, serta menjadi langkah permulaan sebelum mereka meneroka analisis statistik yang lebih kompleks dalam tugasan dan penyelidikan akademik.
| Item Type: | Book |
|---|---|
| Uncontrolled Keywords: | data analisis, spss, pengenalan |
| Subjects: | H Social Sciences > HA Statistics |
| Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): | Kulliyyah of Sustainable Tourism and Contemporary Languages |
| Depositing User: | Dr. Siti Yuliandi Ahmad |
| Date Deposited: | 24 Nov 2025 21:26 |
| Last Modified: | 24 Nov 2025 21:26 |
| Queue Number: | 2025-11-Q126 |
| URI: | http://irep.iium.edu.my/id/eprint/124568 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |

Download Statistics
Download Statistics