IIUM Repository

Wacana persuasif dalam interaksi interpersonal: respon terhadap isu semasa = Persuasive discourse in interpersonal interaction: responses to current issues

Idrus, Azean Idruwani and Abdul Latif @ Bapoo, Lilisuriani and Mohd Noor Be, Nur Iylia (2025) Wacana persuasif dalam interaksi interpersonal: respon terhadap isu semasa = Persuasive discourse in interpersonal interaction: responses to current issues. In: 5th International Conference on Islamic Contemporary Issue and Management (ICICM2025), 2025, Kangar, Perlis, Malaysia.

[img]
Preview
PDF (Full Paper) - Published Version
Download (5MB) | Preview

Abstract

Isu sosial yang semakin kompleks memberi kesan mendalam terhadap kesejahteraan mental individu, khususnya dalam persekitaran yang sarat dengan maklumat dari media sosial. Penggunaan bahasa yang menarik dan berkesan dalam interaksi sosial dapat membantu individu menghadapi tekanan melalui wacana persuasif yang disampaikan. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti dan menganalisis strategi persuasif yang digunakan dalam komunikasi interpersonal, khususnya dalam konteks respons terhadap isu semasa. Pendekatan analisis kandungan kualitatif digunakan bagi menganalisis pelbagai bentuk ujaran persuasif yang digunakan dalam komunikasi sosial.Dapatan kajian menunjukkan bahawa elemen logos lebih dominan dalam interaksi sosial apabila individu berdepan dengan tekanan akibat isu semasa diikuti phatos dan ethos. Selain itu, strategi imperatif dan indikatif digunakan untuk memberikan sokongan emosi dan cadangan penyelesaian kepada individu yang mengalami tekanan.Hasil analisis juga mendapati bahawa penggunaan strategi ini berkesan dalam mengekalkan keseimbangan emosi serta menggalakkan pemikiran yang lebih rasional dalam menghadapi isu semasa. selain dapat memberikan impak yang besar terhadap kesejahteraan mental individu. Sehubungan itu, dalam kerangka komunikasi harian, penerapan bahasa persuasif perlu diberi perhatian secara kritikal sebagai satu bentuk kompetensi komunikasi yang bukan sahaja menyumbang kepada keberkesanan interaksi sosial, tetapi juga kesejahteraan psikososial secara menyeluruh. Justeru, adalah penting bagi individu menguasai strategi persuasif yang etikal, empatik dan bersesuaian konteks sebagai sebahagian daripada amalan komunikasi yang sihat dan menyantuni nilai kemanusiaan.

Item Type: Proceeding Paper (Invited Papers)
Additional Information: 10031/124302
Uncontrolled Keywords: Wacana; Persuasif; Interaksi Sosial; Kesejahteraan Mental; Media Sosial
Subjects: P Language and Literature > P Philology. Linguistics
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Sustainable Tourism and Contemporary Languages
Depositing User: Dr. Azean Idruwani Idrus
Date Deposited: 13 Nov 2025 15:13
Last Modified: 13 Nov 2025 15:37
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/124302

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year