Abdul Rahim, Abdullah Bukhari (2025) Ibu bapa juga perlu dididik, dirotan!! Utusan Malaysia, Gaya (Agama) - Suluh Wahyu (17hb Oktober 2025). p. 19. ISSN 2716-6694
|
PDF
- Published Version
Download (1MB) | Preview |
Abstract
“Kembalikan rotan ke sekolah? Sebenarnya bukan hanya pelajar bermasalah perlu dirotan, sebaliknya seluruh lapisan masyarakat, ibu bapa dan orang politik turut perlu dirotan!” Rotan atau pukulan ringan kadangkala berguna untuk menyedarkan orang yang melakukan kesilapan. Peristiwa rogol di sekolah dan pembunuhan pelajar tingkatan lima oleh pelajar tingkatan dua memang mengejutkan negara. Berikutan semua insiden itu, ramai yang menyarankan pihak Kementerian Pelajaran Malaysia agar hukuman rotan kepada para pelajar bermasalah dikembalikan sebagai satu mekanisme mendidik mereka. Polemik keselamatan di sekolah menjadi semakin panas dengan pendedahan Ketua Pengarah Pendidikan, Dr Mohd Azam Ahmad yang menemui banyak perkara negatif berkait sistem pendidikan negara yang 'disimpan di bawah permaidani', hanya dalam tempoh tiga bulan dilantik ke jawatan berkenaan. Beliau menganggap perkara itu seperti duri dalam daging yang bakal membuahkan lebih banyak penyakit akhlak yang kronik melibatkan pelajar dan kakitangan di bawah seliaannya. Kenyataan beliau itu dibuat dalam Majlis Peluncuran Program Kempen Anti Buli anjuran Polis Diraja Malaysia (PDRM), yang turut hadir Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail dan timbalannya, Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay. Berbalik kepada perbincangan tentang rotan, pada zaman nabi pernah berlaku kisah sendu mengenai pukul-memukul: عَنْ عَائِشَةَ، أَنَّ رَجُلًا قَعَدَ بَيْنَ يَدَيِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، إِنَّ لِي مَمْلُوكِينَ يُكَذِّبُونَنِي وَيَخُونُونَنِي وَيَعْصُونَنِي، وَأَشْتُمُهُمْ وَأَضْرِبُهُمْ فَكَيْفَ أَنَا مِنْهُمْ؟ قَالَ: «يُحْسَبُ مَا خَانُوكَ وَعَصَوْكَ وَكَذَّبُوكَ وَعِقَابُكَ إِيَّاهُمْ، فَإِنْ كَانَ عِقَابُكَ إِيَّاهُمْ بِقَدْرِ ذُنُوبِهِمْ كَانَ كَفَافًا، لَا لَكَ وَلَا عَلَيْكَ، وَإِنْ كَانَ عِقَابُكَ إِيَّاهُمْ دُونَ ذُنُوبِهِمْ كَانَ فَضْلًا لَكَ، وَإِنْ كَانَ عِقَابُكَ إِيَّاهُمْ فَوْقَ ذُنُوبِهِمْ اقْتُصَّ لَهُمْ مِنْكَ الفَضْلُ». قَالَ: فَتَنَحَّى الرَّجُلُ فَجَعَلَ يَبْكِي وَيَهْتِفُ، فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: " أَمَا تَقْرَأُ كِتَابَ اللَّهِ {وَنَضَعُ المَوَازِينَ القِسْطَ لِيَوْمِ القِيَامَةِ فَلَا تُظْلَمُ نَفْسٌ شَيْئًا وَإِنْ كَانَ مِثْقَالَ} [الأنبياء: 47] الآيَةَ ". فَقَالَ الرَّجُلُ: وَاللَّهِ يَا رَسُولَ اللَّهِ مَا أَجِدُ لِي وَلَهُمْ شَيْئًا خَيْرًا مِنْ مُفَارَقَتِهِمْ، أُشْهِدُكَ أَنَّهُمْ أَحْرَارٌ كُلُّهُمْ Ertinya: Aishah menceritakan, seorang lelaki bertanya Nabi: “Wahai Rasulullah, Aku ada beberapa hamba yang selalu dustai, khianati dan derhakai aku. Disebabkan perangai mereka itu, Aku telah cela dan pukul mereka. Bagaimana agaknya situasi Aku dengan mereka (di sisi Allah di akhirat kelak?)” Baginda menjawab: “Mereka akan diaudit pada kadar apa yang mereka khianati, derhakai, dustai-mu dan juga pada kadar hukumanmu terhadap mereka. Jika hukumanmu terhadap mereka sesuai dengan kesalahan mereka, maka ia akan mencukupi (habuan kedua pihak tanpa tuntutan). Jika hukumanmu terlalu rendah tidak setimpal kesalahan mereka, maka kelebihan (pahala) akan diberi padamu. Manakala jika hukumanmu melebihi kadar kesalahan mereka, kamu akan dibalas dengan lebihan hukuman itu.” Lelaki itu menjauhkan diri sambil meraung menangis (kerana takutkan azab akhirat)…..Lelaki itu kemudiannya berkata: “Demi Allah tiada jalan terbaik antara aku dan mereka selain berpisah. Oleh itu, Aku jadikan engkau (Wahai Rasulullah)sebagai saksi yang aku (dengan ini) memerdekakan mereka” (Sunan al-Tirmidhi, 3165).
Item Type: | Article (Newspaper) |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | jenayah buli, pendidikan di sekolah, Malaysia, rotan |
Subjects: | L Education > LC Special aspects of education L Education > LC Special aspects of education > LC65 Social aspects of education |
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): | Centre for Languages and Pre-University Academic Development (CELPAD) Centre for Languages and Pre-University Academic Development (CELPAD) > Tilawah Al-Quran Divsion |
Depositing User: | Mr Abdullah Bukhari Abdul Rahim |
Date Deposited: | 17 Oct 2025 17:33 |
Last Modified: | 17 Oct 2025 17:33 |
URI: | http://irep.iium.edu.my/id/eprint/123801 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |