IIUM Repository

HOMONIM BAHASA BAJAU DENGAN BAHASA MELAYU STANDARD BERDASARKAN SEMANTIK LEKSIKAL

Rosly, Nurul Jamilah (2025) HOMONIM BAHASA BAJAU DENGAN BAHASA MELAYU STANDARD BERDASARKAN SEMANTIK LEKSIKAL. HOMONIM BAHASA BAJAU DENGAN BAHASA MELAYU STANDARD BERDASARKAN SEMANTIK LEKSIKAL, 6 (3). pp. 1-24. E-ISSN 2682-8022

[img]
Preview
PDF
Download (581kB) | Preview

Abstract

Bahasa Bajau merupakan bahasa ibunda suku kaum Bajau yang merupakan salah satu etnik Sabah di Malaysia. Sebahagian besar penduduknya tinggal di wilayah-wilayah pesisir pantai di Filipina, Malaysia, dan Indonesia. Mereka terkenal dengan gelaran gipsi laut kerana kependudukan mereka yang berada di pesisir laut dan pantai sejak dahulu lagi. Etnik Bajau sangat mahir dan menguasai cara hidup di laut termasuklah membina rumah di atas laut, menangkap hasil laut, menyelam dan sebagainya. Mereka juga memiliki dialek yang berbeza bergantung kepada wilayahnya kerana Bajau terbahagi kepada dua golongan iaitu Bajau Laut dan Bajau Darat. Walaubagaimanapun, dialek-dialek antara mereka masih memiliki kesamaan yang kuat dalam kosa kata dan struktur tatabahasa. Justeru, pengkaji telah menjalankan satu kajian tentang bahasa Bajau dan bahasa Melayu kerana dilihat kedua-dua bahasa tersebut memiliki beberapa persamaan leksikal dari aspek ejaan dan sebutan namun berbeza makna atau lebih dikenali sebagai homonim. Kajian ini mempunyai dua objektif, iaitu mengenal pasti homonim di antara bahasa Bajau dengan bahasa Melayu standard dan membincangkan semantik leksikal dari segi hubungan makna homonim di antara bahasa Bajau dengan bahasa Melayu standard. Pengkaji menggunakan kaedah analisis kualitatif iaitu pemerolehan data melalui Google Forms dan temu bual. Seramai 35 responden yang terlibat dalam menjayakan kajian ini. Kajian ini menggunakan Teori Semantik Leksikal dalam menganalisis hubungan makna homonim. Hasil dapatan menunjukkan sebanyak 53 leksikal bahasa Bajau yang mempunyai hubungan homonim dengan bahasa Melayu standard. Persamaan yang wujud di antara kedua-dua bahasa tersebut didorong oleh beberapa faktor seperti faktor sejarah, faktor perkahwinan dan faktor migrasi masyarakat terdahulu. Oleh yang demikian, kajian ini dilakukan adalah sebagai satu usaha untuk menampilkan bahasa Bajau yang berhomonim dengan bahasa Melayu standard bagi mengelakkan salah tafsir antara bahasa tersebut.

Item Type: Article (Journal)
Uncontrolled Keywords: bahasa Bajau, homonim, semantik leksikal, hubungan makna
Subjects: P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania > PL5101 Malay
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Sustainable Tourism and Contemporary Languages
Depositing User: Dr Nurul Jamilah Rosly
Date Deposited: 14 Oct 2025 10:31
Last Modified: 14 Oct 2025 10:31
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/123716

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year