Abd Hamid, Muhammad Zamir and Khairil Ashraf, Nur Anis Batrisyia and Rosle, Nur Saffiah and Ahmad, Siti Yuliandi (2025) Kajian rintis faktor penggunaan bahasa kiasan di media sosial dalam kalangan Generasi Z. INTERNATIONAL YOUNG SCHOLARS JOURNAL OF LANGUAGES, 8 (1). pp. 1-22. E-ISSN 0128-2573
![]() |
PDF
- Published Version
Restricted to Repository staff only Download (2MB) | Request a copy |
Abstract
Kajian rintis ini bertujuan untuk meneliti faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan bahasa kiasan di media sosial dalam kalangan Generasi Z, dengan fokus terhadap pengaruh emosi, personaliti, dan rakan sebaya. Kajian ini menggunakan pendekatan campuran, iaitu kuantitatif dan kualitatif melibatkan 31 responden mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Pagoh yang dijalankan melalui soal selidik berstruktur dan temu bual secara dalam talian. Analisis kuantitatif menggunakan Korelasi Pearson menunjukkan bahawa ketiga-tiga pembolehubah bebas mempunyai hubungan signifikan dengan penggunaan bahasa kiasan, dengan personaliti mencatatkan hubungan terkuat (r=0.781,p<0.01), diikuti oleh emosi (r=0.469,p<0.01) dan rakan sebaya (r=0.447,p<0.01). Analisis tematik kualitatif pula mendedahkan bahawa emosi merupakan faktor dominan yang mempengaruhi penggunaan bahasa kiasan yang mana responden cenderung menggunakannya untuk meluahkan perasaan secara halus dan mengelakkan konflik. Personaliti turut memainkan peranan penting, khususnya dalam kalangan individu yang kreatif dan berhati-hati dalam komunikasi dan engaruh rakan sebaya pula dilihat melalui pembelajaran sosial dalam komuniti digital. Kajian ini menggunakan Teori Konsep Leksikal dan Model Kognitif (LCCM) oleh Evans (2009), yang menjelaskan bagaimana generasi Z mengaktifkan model kognitif sekunder untuk memahami dan menggunakan bahasa kiasan dalam konteks media sosial. Dapatan kajian menunjukkan bahawa bahasa kiasan bukan sahaja berfungsi sebagai alat komunikasi tetapi juga sebagai mekanisme penyampaian emosi dan identiti sosial dalam era digital. Implikasi kajian ini memberikan pemahaman mendalam tentang dinamik bahasa kiasan dalam kalangan generasi muda serta sumbangannya terhadap evolusi bahasa Melayu kontemporari.
Item Type: | Article (Journal) |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | bahasa kiasan, media sosial, generasi Z, emosi, personaliti, rakan sebaya, Teori LCCM |
Subjects: | G Geography. Anthropology. Recreation > G Geography (General) > G156.5.S87 Sustainable tourism |
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): | Kulliyyah of Sustainable Tourism and Contemporary Languages |
Depositing User: | Dr. Siti Yuliandi Ahmad |
Date Deposited: | 06 Aug 2025 15:32 |
Last Modified: | 06 Aug 2025 16:50 |
URI: | http://irep.iium.edu.my/id/eprint/122509 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |