Kadarisman, Aris Amirul and Saimon, Aminnudin (2025) Ketidaksantunan bahasa sebagai strategi penyiaran hantaran laman Mstaronline di aplikasi Instagram. International Young Scholars Journal of Language, 8 (1). pp. 1-17. E-ISSN 0128-2573
![]() |
PDF
- Published Version
Restricted to Repository staff only Download (2MB) | Request a copy |
Abstract
Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti bentuk penggunaan ketidaksantunan bahasa sebagai strategi penyiaran dalam laman Mstaronline dengan menggunakan Teori Culpeper 1996 dan menganalisis strategi ketidaksantunan bahasa sebagai strategi penyiaran dalam laman Mstaronline dengan menggunakan Teori Culpeper 1996. Umum mengetahui bahawa penggunaan media sosial yang meluas ke pelosok dunia sememangnya memberi kelebihan dan kemudahan kepada komuniti dalam mewujudkan rangkaian sosial berskala mega yang tanpa perlu berjumpa secara fizikal. Melalui kajian ini, pengkaji akan merungkaikan tentang strategi ketidaksantunan yang biasa digunakan oleh pemilik akaun ini disebabkan oleh hantaran yang dibuat . Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan menggunakan teknik analisis kandungan teks melalui hantaran yang dibuat oleh laman Mstaronline. Kaedah pengumpulan data dengan membuat pemerhatian terhadap kandungan teks daripada hantaran yang dipilih daripada laman Mstaronline. Hasil dapatan kajian ini mendapati Mstaronline menggunakan empat bentuk ketidaksantunan sebagai strategi penyiaran. Selain itu, terdapat 5 strategi ketidaksantunan yang terdapat dalam hantaran yang dipilih. Kajian ini diharapkan dapat membuka mata masyarakat tentang bentuk ketidaksantunan yang biasa digunakan sebagai salah satu strategi ketidaksantunan dalam menggunakan media sosial.
Item Type: | Article (Journal) |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Ketidaksantunan, Strategi, Hantaran, Penyiaran, Media Sosial |
Subjects: | P Language and Literature > P Philology. Linguistics |
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): | Kulliyyah of Sustainable Tourism and Contemporary Languages |
Depositing User: | Dr Aminnudin Saimon |
Date Deposited: | 06 Aug 2025 16:08 |
Last Modified: | 06 Aug 2025 16:08 |
URI: | http://irep.iium.edu.my/id/eprint/122433 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |