Ashar, Muhammad Zakur and Saimon, Aminnudin
(2025)
Analisis tahap dan faktor penerimaan tulisan jawi dalam kalangan pelajar UIAM, kampus Pagoh.
Pendeta Journal of Malay Language, Education and Literature, 16 (1).
pp. 161-180.
ISSN 1823-6812
E-ISSN 2600-8696
Abstract
Dalam mengharungi arus pemodenan, tahap penerimaan tulisan Jawi iaitu tingkah laku untuk menerima, menggunakan serta tindak balas seseorang terhadap tulisan Jawi dalam kalangan masyarakat terutama pelajar universiti semakin berkurang. Hal ini demikian kerana faktor seperti demografi, penggunaan tulisan Jawi yang dikhususkan kepada pembelajaran agama serta penguatkuasaan Akta Bahasa Melayu 1963 menjadikan tulisan Jawi semakin dipinggirkan. Kesannya, semakin ramai pelajar tidak menerima penggunaan tulisan Jawi dalam kehidupan seharian sehingga menjadikan kedudukan tulisan Jawi semakin membimbangkan. Oleh itu, kajian ini dilakukan untuk menganalisis tahap dan faktor yang mempengaruhi tahap penerimaan tulisan Jawi dalam kalangan pelajar. Objektif kajian adalah untuk mengenal pasti tahap penerimaan tulisan Jawi dalam kalangan pelajar UIAMKP serta menghuraikan faktor tahap penerimaan tulisan Jawi. Kajian ini mengaplikasikan kajian gabungan, iaitu penggabungan kuantitatif dan kualitatif. Pengkaji menggunakan borang soal selidik dalam talian yang diedarkan kepada 108 orang pelajar bagi mengumpul data kuantitatif serta menemu bual lima orang responden bagi mendapatkan data kualitatif. Dapatan kajian mendapati tahap penerimaan tulisan Jawi dalam kalangan pelajar menunjukkan tahap yang tinggi dengan nilai purata min sebanyak 4.509. Pengkaji berjaya menyenaraikan serta menghuraikan lima faktor yang mempengaruhi tahap penerimaan Jawi dalam kalangan pelajar, iaitu faktor penempatan, latar belakang pendidikan, minat, penggunaan tulisan Rumi dan teknologi dan modenisasi. Kajian ini juga mendapati faktor latar belakang pendidikan dan minat menjadi faktor tertinggi manakala faktor teknologi dan modenisasi menjadi faktor terendah yang mempengaruhi tahap penerimaan tulisan Jawi
Actions (login required)
 |
View Item |